perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
perak1

HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips

 Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka??

Go down 
3 posters
AuthorMessage
wcx_yamaha
Moderator
Moderator

Posts : 228
Join date : 2009-04-26
Age : 35
Location : kuala lumpur

Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Empty
PostSubject: Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka??   Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Icon_minitimeTue Jun 30, 2009 9:08 pm

Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir…iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.

Generasi inilah yg menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang.

Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yg telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yg digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini..

Inilah yg menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang.

Umat islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu,mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut utk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!

Sedarlah umat islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini.

Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati,insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…

Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk..rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.

Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Pengalaman seorang rakan saya yg mendengar kawan di kelas tuisyennya berbual. Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadis-gadis sebaya mereka. Mereka ini,sudahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Pulak tu, kalau ada anak zina dilahirkan, mereka ada yang membuangnya dalam mangkuk tandas, tong sampah dan ada yang menggugurkannya. Apa hendak jadi dengan umat islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?

Seorang senior menceritakan. Dia jual burger untuk dapat duit poket tambahan. Jual bilik ke bilik. Satu malam ni, dia ketuk2 satu bilik ni, tak buka2. Dia pun pulasla tombol dan membuka pintu sndiri. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat 2 org siswa itu sedang melakukan perbuatan terkutuk kaum sadom di atas katil. (homoseks) Senior ini kemudian kembali menutup pintu, dan kaku di situ. Teruk?

Ada banyak lagi cerita. Sampai tak larat saya hendak mnceritakan. Ada remaja yang ditangkap berzina dalam surau (pelajar sekolah agama). Ada perempuan 14 thn paksa boyfriendnya yang baru 12 thn buat hubungan seks dengannya. Dan banyak lagi..

Kawan saya, masa baru habis SPM buat part time, ajar tution budak2 skolah rendah. Dia nampa budak2 ni handphone nye, N-Gage, sabun, daun dan yang lain2 yang mahal2 tu. Dia pulak 3310 je. Bukan tu yang nak jd ceritanya. Tapi skali masa habis tution, budak kecik tu datang kat dia, smbil cakap, “Sir, awek Sir ade yang seksi macam ni tak?” sambil menunjukkan gambar2 lucah yang ada dlm HPnye. Kawan saya ni terkejut berukla. Tergamam dia di situ. Ni budak2 sekolah rendah!

Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi..mereka ini akan menginjak dewasa! Ya,kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat2 yang seperti ini? Saidina Umar Al-Khattab berkata..kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang. Bagaimana remaja kita?

Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka.

Mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah!

Sedarlah saudara-saudara seislamku..umat islam kini semakin teruk,sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah.

Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman

Jadi..tugas kitalah untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya menahirkan kembali generasi rabbani. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..”Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”. Maksudnya..kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan2, adik2, abang2 dan kakak2 kita. Macam mana nk buat? Ceritalah apa yang kita paham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Smoga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.

Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nk susah pikir pasal org lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi. Firman Allah :

Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).

(Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)

Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Maidah,Surah 5, ayat 54)

Jadi sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah Remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?

SEDARLAH...

(p/s : Semua kisah dan contoh yang saya bawakan di atas adalah benar-benar belaka)
Back to top Go down
enni
junior
junior
enni

Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 36
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Empty
PostSubject: Re: Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka??   Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Icon_minitimeMon Jul 27, 2009 8:24 am

Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? 67899 TERUKNYE DAK2 SKOLAH RNDAH DA CMTU...
YA ALLAH!JAUHKAN ZURIATKU SERTA KETURUNANKU SETERUSNYA UMAT ISLAM DR PERKARA2 YG MENYESATKAN..AMIN
Back to top Go down
Amey8
Member
Member
Amey8

Posts : 10
Join date : 2010-02-11
Age : 34
Location : Johor Bahru/ KL

Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Empty
PostSubject: Re: Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka??   Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Icon_minitimeSun Mar 07, 2010 8:00 pm

AMIN..
Back to top Go down
http://invite.lockerz.ro/?id=LockerzLoverz
Sponsored content

Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Empty
PostSubject: Re: Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka??   Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Icon_minitime

Back to top Go down
 
Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka??
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» PAKAIAN REMAJA: Dimana Silapnya?? Meh Kita Fikirkan..
» Remaja Bukan Sekali..Khas Untuk Santapan Rohani Diri.......
» islaM dlM bhyE!!huh?!
» REMAJA MENCEMARKAN MASJID?? APA DAH JADI??
» macan dizaman remaja.. kenape takpecaye??

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT AGAMA:: .::RELIGION SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_lcapSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Voting_barSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_rcap 
miss-lady (1280)
Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_lcapSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Voting_barSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_rcap 
sriteddy™ (1157)
Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_lcapSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Voting_barSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_rcap 
salju (1063)
Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_lcapSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Voting_barSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_rcap 
lipanx_laut (970)
Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_lcapSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Voting_barSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_rcap 
macan_sparrow (742)
Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_lcapSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Voting_barSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_rcap 
kuyie (668)
Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_lcapSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Voting_barSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_rcap 
raffey-sama (509)
Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_lcapSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Voting_barSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_rcap 
arb_mtq (432)
Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_lcapSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Voting_barSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_rcap 
luvfama (297)
Sedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_lcapSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Voting_barSedarlah Remaja Islam! Sampai Bila Nak Terus Terleka?? Vote_rcap 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.