perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
perak1


 
HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


 

 20 Perkara Perempuan Tidak Suka

Go down 
4 posters
AuthorMessage
sriteddy™
Site Admin
Site Admin
sriteddy™


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

20 Perkara Perempuan Tidak Suka Empty
PostSubject: 20 Perkara Perempuan Tidak Suka   20 Perkara Perempuan Tidak Suka Icon_minitimeThu Jul 23, 2009 6:40 am

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara
sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?

3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi,mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita.. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. .Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolehlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,
mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda
seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan,
melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
Back to top Go down
salju
senior
senior
salju


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 40
Location : mesia

20 Perkara Perempuan Tidak Suka Empty
PostSubject: Re: 20 Perkara Perempuan Tidak Suka   20 Perkara Perempuan Tidak Suka Icon_minitimeThu Jul 23, 2009 8:37 am

tapi kan.... aku suka pe dgn asap rokok... 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 71128 sbb bagi aku bau rokok tu macam.... erm.... 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 71128 entah... hehehe.... 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 809193

adoi.. masalah betoi aku nih... mmg rare species... 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 994345

tapi dalam benda2 yang sri sampaikan... ciri2 lelaki yang paling aku menyampah ialah:

1. menipu
2. mata duitan

20 Perkara Perempuan Tidak Suka 519688 kalo yang lain2 tu rasa leh sabar lagi. yang dua nih aku mmg tak tahan... 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 994345 tak suka lelaki penipu.. jgn dan tak suka lelaki kikis duit..... 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 48342 kalo ada dua ciri2 nih... mmg babai ler jawabnyer.... 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 571166

yang lain aku rasa.. leh sabar lagi dgn karenah lelaki nih. biasalah lelaki suka control macho, mengongkong, panas baran, semua tu. itu adalah sifat fitrah seorang lelaki. kiter yang sebagai pempuan nih kenalah sabar dan bijak dalam melentur peribadi lelaki... 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 217756

lelaki nih buat perangai tu semua sbb nakkan perhatian.. 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 943424 kalo pempuan nih betoi2 pandai jaga lelaki.. sabar... tenang... dan sangat memahami lelaki..... singa padang pasir tu pun leh tunduk... 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 51170 tul tak kawan2 lelaki ku sekalian...? 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 21268
Back to top Go down
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
peace™


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

20 Perkara Perempuan Tidak Suka Empty
PostSubject: Re: 20 Perkara Perempuan Tidak Suka   20 Perkara Perempuan Tidak Suka Icon_minitimeThu Jul 23, 2009 11:11 am

kadang2 yang tak suka tu la yang laki di minat nye..
pelik aku...
lol! lol! lol!
tak sume la..
Back to top Go down
salju
senior
senior
salju


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 40
Location : mesia

20 Perkara Perempuan Tidak Suka Empty
PostSubject: Re: 20 Perkara Perempuan Tidak Suka   20 Perkara Perempuan Tidak Suka Icon_minitimeThu Jul 23, 2009 1:31 pm

itu namanya dah mabok cinta peace.. mana nak nampak pe lagi dah.. 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 519688 cinta perempuan kan setia... 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 217756 biler dah jatuh cinta.. buruk lelaki tu pun dipandang indahnya.... 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 809193 kalo dulu tak suka laki panas baran... kalo dah jatuh cinta.. kena maki hamun pun dia rela.... pasal dah jatuh cinta punyer pasal... 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 282363
Back to top Go down
lipanx_laut
Police
Police
lipanx_laut


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

20 Perkara Perempuan Tidak Suka Empty
PostSubject: Re: 20 Perkara Perempuan Tidak Suka   20 Perkara Perempuan Tidak Suka Icon_minitimeThu Jul 23, 2009 8:27 pm

seb baik abg tak macam tu tau ! ... sumpah tak cari lain ! 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 71128
Back to top Go down
salju
senior
senior
salju


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 40
Location : mesia

20 Perkara Perempuan Tidak Suka Empty
PostSubject: Re: 20 Perkara Perempuan Tidak Suka   20 Perkara Perempuan Tidak Suka Icon_minitimeThu Jul 23, 2009 8:31 pm

kalo camtu nak ngorat panx ler... leh tak? 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 995238 rela tak? 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 809193
Back to top Go down
lipanx_laut
Police
Police
lipanx_laut


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

20 Perkara Perempuan Tidak Suka Empty
PostSubject: Re: 20 Perkara Perempuan Tidak Suka   20 Perkara Perempuan Tidak Suka Icon_minitimeThu Jul 23, 2009 8:36 pm

ahhh ahhh salju jgn laa..ahhh lagi salju ..ahhhh uhhh uhhhh yeahhh...saaalllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll...................juuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ( suara di tengelami keenakkan )
Back to top Go down
sriteddy™
Site Admin
Site Admin
sriteddy™


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

20 Perkara Perempuan Tidak Suka Empty
PostSubject: Re: 20 Perkara Perempuan Tidak Suka   20 Perkara Perempuan Tidak Suka Icon_minitimeFri Jul 24, 2009 6:29 am

20 Perkara Perempuan Tidak Suka 48342 panx nak kene nih 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 995238
buat di khalayak ramai 20 Perkara Perempuan Tidak Suka 48342
Back to top Go down
Sponsored content





20 Perkara Perempuan Tidak Suka Empty
PostSubject: Re: 20 Perkara Perempuan Tidak Suka   20 Perkara Perempuan Tidak Suka Icon_minitime

Back to top Go down
 
20 Perkara Perempuan Tidak Suka
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Perempuan Tidak Boleh Simpan Rahsia Lebih dari 47 Jam
» PEREMPUAN YG TIDAK SUKE MELARAM KETIKA SEBELUM KAWEN...
» perempuan kurus atau perempuan berisi?
» aku suka...
» suka-suka

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_lcap20 Perkara Perempuan Tidak Suka Voting_bar20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_rcap 
miss-lady (1280)
20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_lcap20 Perkara Perempuan Tidak Suka Voting_bar20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_rcap 
sriteddy™ (1157)
20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_lcap20 Perkara Perempuan Tidak Suka Voting_bar20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_rcap 
salju (1063)
20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_lcap20 Perkara Perempuan Tidak Suka Voting_bar20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_rcap 
lipanx_laut (970)
20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_lcap20 Perkara Perempuan Tidak Suka Voting_bar20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_rcap 
macan_sparrow (742)
20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_lcap20 Perkara Perempuan Tidak Suka Voting_bar20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_rcap 
kuyie (668)
20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_lcap20 Perkara Perempuan Tidak Suka Voting_bar20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_rcap 
raffey-sama (509)
20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_lcap20 Perkara Perempuan Tidak Suka Voting_bar20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_rcap 
arb_mtq (432)
20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_lcap20 Perkara Perempuan Tidak Suka Voting_bar20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_rcap 
luvfama (297)
20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_lcap20 Perkara Perempuan Tidak Suka Voting_bar20 Perkara Perempuan Tidak Suka Vote_rcap 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.