perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
perak1

HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips

 Dijodohkan Di Syurga

Go down 
3 posters
AuthorMessage
____am____
Site Admin
Site Admin
____am____

Posts : 24
Join date : 2010-01-04
Age : 37
Location : Alor Star And Pineng

Dijodohkan Di Syurga Empty
PostSubject: Dijodohkan Di Syurga   Dijodohkan Di Syurga Icon_minitimeTue Jan 12, 2010 6:37 pm

Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu
di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan
rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari
pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu
dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia
pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si
gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si
pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis
tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.
Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban
cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang
hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan
hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya,
betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap
untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke
rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu
datang ke rumahku.”
Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata
kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu
pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar
bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang
api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”
Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang
disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku
belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah
SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan
gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah
munafik.”
Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan
duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan
dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu
tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh
beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan
kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir
hayatnya.
Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke
makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya
dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya,
“Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah
denganku?” Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih
Pemuda
itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau
selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!” “Dan
demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah
memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati,
sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis
kekasihnya itu. Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?” “Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.
Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia
meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya
kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga. wallahua'lam
Back to top Go down
http://www.otaigroups.co.cc
miss-lady
Admin
Admin
miss-lady

Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 36
Location : sabah & perak

Dijodohkan Di Syurga Empty
PostSubject: Re: Dijodohkan Di Syurga   Dijodohkan Di Syurga Icon_minitimeTue Jan 12, 2010 8:09 pm

wah Dijodohkan Di Syurga 159678 i like this story Dijodohkan Di Syurga 159678
Back to top Go down
____am____
Site Admin
Site Admin
____am____

Posts : 24
Join date : 2010-01-04
Age : 37
Location : Alor Star And Pineng

Dijodohkan Di Syurga Empty
PostSubject: Re: Dijodohkan Di Syurga   Dijodohkan Di Syurga Icon_minitimeTue Jan 12, 2010 8:11 pm

miss-lady wrote:
wah Dijodohkan Di Syurga 159678 i like this story Dijodohkan Di Syurga 159678

lalingg Dijodohkan Di Syurga 33424 Dijodohkan Di Syurga 33424
Back to top Go down
http://www.otaigroups.co.cc
salju
senior
senior
salju

Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 40
Location : mesia

Dijodohkan Di Syurga Empty
PostSubject: Re: Dijodohkan Di Syurga   Dijodohkan Di Syurga Icon_minitimeMon Jan 18, 2010 1:47 pm

sesungguhnya ajal, maut, rezeki dan jodoh itu di tangan Allah s.w.t. manusia cuma berusaha.. Allah s.w.t yang menentukan. dan hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNya.

Last edited by ____am____ on Mon Jan 18, 2010 2:13 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : No More Icon Crist! OK!)
Back to top Go down
Sponsored content

Dijodohkan Di Syurga Empty
PostSubject: Re: Dijodohkan Di Syurga   Dijodohkan Di Syurga Icon_minitime

Back to top Go down
 
Dijodohkan Di Syurga
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT AGAMA:: .::RELIGION SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
Dijodohkan Di Syurga Vote_lcapDijodohkan Di Syurga Voting_barDijodohkan Di Syurga Vote_rcap 
miss-lady (1280)
Dijodohkan Di Syurga Vote_lcapDijodohkan Di Syurga Voting_barDijodohkan Di Syurga Vote_rcap 
sriteddy™ (1157)
Dijodohkan Di Syurga Vote_lcapDijodohkan Di Syurga Voting_barDijodohkan Di Syurga Vote_rcap 
salju (1063)
Dijodohkan Di Syurga Vote_lcapDijodohkan Di Syurga Voting_barDijodohkan Di Syurga Vote_rcap 
lipanx_laut (970)
Dijodohkan Di Syurga Vote_lcapDijodohkan Di Syurga Voting_barDijodohkan Di Syurga Vote_rcap 
macan_sparrow (742)
Dijodohkan Di Syurga Vote_lcapDijodohkan Di Syurga Voting_barDijodohkan Di Syurga Vote_rcap 
kuyie (668)
Dijodohkan Di Syurga Vote_lcapDijodohkan Di Syurga Voting_barDijodohkan Di Syurga Vote_rcap 
raffey-sama (509)
Dijodohkan Di Syurga Vote_lcapDijodohkan Di Syurga Voting_barDijodohkan Di Syurga Vote_rcap 
arb_mtq (432)
Dijodohkan Di Syurga Vote_lcapDijodohkan Di Syurga Voting_barDijodohkan Di Syurga Vote_rcap 
luvfama (297)
Dijodohkan Di Syurga Vote_lcapDijodohkan Di Syurga Voting_barDijodohkan Di Syurga Vote_rcap 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.