Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya
yang baru berkahwin.
Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana
mendapati cucu perempuannya membuka pintu tanpa seurat
benang pun di badannya.
Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,
"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja
ni nek!"
"Yang kau telanjang tu kenape!!!??? " marah si
nenek.
" Ala nek, ini la BAJU CINTA saya," balas si cucuperempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya dan saya juga begitu
senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek balik dulu sebelum suami saya pulang
kerana tentu suami saya akan berasa malu melihat saya
memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek.."
Pinta si cucu dengan penuh hormat.
Si nenek faham kehendak cucunya. Dia fikir mungkin itu cara
terbaru si isteri melayan sang suami...
Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea
..Fikirnya, dengan mengikut cara cucunya, sudah tentu dia
dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok (suaminya) yang
sudah berumur.
Sesampainya di rumah, si nenek terus menanggalkan semua
pakaiannya,mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi-
wanginya.Dia menuggu kepulangan suaminya dengan sabar.
Beberapa ketika si Atok pun pulang. Sebaik saja pintu di
buka, si Atok terkejut sakan melihat si nenek (isterinya)
berbogel di depan pintu.
"Awat hang nie? Dah buang tebiat keee???" marah
si Atok.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek.
"BAJU CINTA???.... . . Kok iye pun, IRON la dulu baju
tu!!berkedut sgt nampaknya.."