15 PINTU SYAITAN DALAM DIRI KITA:
1. Marah
2. Cinta dunia
3. Kebodohan (enggan hadir majlis ilmu)
4. Panjang angan-angan
5. Rakus
6. Bakhil
7. Suka pada pujian
8. Riak
9. Ujub (merasa kagum)
10. Takut dan gelisah
11. Buruk sangka
12. Memandang rendah pada orang lain
13. Merasa suka pada dosa
14. Merasa aman daripada pembalasan Allah
15. Purus asa daripada rahmat Allah
15 SENJATA MENGHALANG SYAITAN:
1. Membaca bismillah (kunci perbuaan baik)
2. Banyakkan berzikir
3. Banyakkan beristighfar
4. Baca "La ila ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
5. Jangan tidur berseorangan
6. Baca doa pagi dan petang
7. Bersugi
8. Melaksanakan solat jemaah
9. Berwudhuk sebelum tidur
10. Menutup aurat
11. Membaca doa masuk tandas
12. Banyakkan selawat
13. Bertaubat
14. Banyakkan membaca Al-quran
15. Baca surah Yasin setiap pagi
Maksud Hadith:
Daripada 'Auf bin Malik r.a berkata: Rasulullah S.A.W bersabda ; "Umat Yahudi telah berpecahbelah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh lagi masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecahbelah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, uamtku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, "Golongan manakah yang selamat?". Nabi S.A.W menjawab, "Mereka adalah jamaah". (Golongan Ahlul Sunnah Wal Jamaah).
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)
Petikan dari: Empat puluh Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman