peace™ [[PONSEL_FIGHTER]]
Posts : 1529 Join date : 2009-04-11 Location : slgr
| Subject: Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica Sun Apr 26, 2009 6:13 am | |
| Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica
Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti Mengapakah harus terjadi Di dalam kehidupan ini Suatu perkara yang ku simpan dalam hati Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli Allah mengerti Allah peduli Segala persoalan yg kita hadapi Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri Sebab Allah mengerti Allah mengerti Allah peduli Segala persoalan yg kita hadapi Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri Sebab Allah Yesus ku mengerti
Disitulah kekeliruan yang berlaku apabila mereka menggunakan perkataan Allah Yesus. Dewan Rakyat negara kita juga mempersoalkan tentang penggunaan kalimah Allah ini dalam Agama kristian. Ini mungkin satu taktik untuk mereka mempengaruhi umat islam. Nanti akan wujud kekeliruan apa mereka juga menggunakan kalimah Allah.
Untuk pengetahuan anda semua juga Agnes Monica penyanyi Lagu Allah Peduli ini beragama kristian. Boikot jela lagu ni. ngan penyanyi2 nye skali.. jangan bg masuk malaysia.. | |
|
Admin Admin
Posts : 256 Join date : 2009-04-10 Age : 39 Location : gerik,perak
| Subject: Re: Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica Sun Apr 26, 2009 6:42 am | |
| | |
|
salju senior
Posts : 1063 Join date : 2009-04-12 Age : 40 Location : mesia
| Subject: Re: Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica Sun Apr 26, 2009 6:57 pm | |
| terlebih dulu aku nak mintak maaf, andai entry aku nih nampak macam becking agnes monica. sekadar nak berkongsi pengetahuan dengan korang semua, di indonesia, perkataan Allah Yesus itu adalah perkataan yang dibenarkan. di indonesia, agama kristian juga memanggil Yesus (ataupun Jesus Christ) sebagai Allah. pada mereka, itu bukan satu kesalahan kerana ia adalah pada sekadar bahasa je bagi dia orang. disebabkan itu, buku mengenai agama kristian dalam bahasa indonesia yang pernah sekali tersiar dalam internet ada menggunakan perkataan Allah untuk Yesus. disebabkan itu, agnes monica rasa dia tak buat salah pape pun, kerana perkataan itu meluas di indonesia dan ia merupakan perkataan yang sama maksudnya dengan tuhan. walhal, di mesia, Allah hanya untuk agama Islam. manakala agama lain, mereka kekal menggunakan perkataan tuhan dan yang sewaktu dengannya. korang leh perasan kan, dengan muka selamber masa beliau diinterbiu oleh Melodi, beliau mengatakan, beliau sekadar ingin berdakwah dalam agamanya, sama macam orang Islam menyanyikan lagu nasyid dan mengagungkan Allah s.w.t. isu pluralism di indonesia susah hendak diungkapkan.... iaitu ia merupakan pendapat yang mengatakan bahawa semua agama itu sama, iaitu menuju Allah yang satu, sehinggakan apabila orang Kristian hendak masuk Islam, ada golongan cendekiawan Islam sendiri melarang dan mengatakan, "agama apa-apa sekalipun, semuanya menuju tuhan yang sama". konsep pluralism yang semakin menular di indonesia (dan aku rasa negara kita pun dah mula ada bahangnya). semua agama dikatakan sama rata... walhal, Allah s..w.t sendiri berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud "tiada agama di sisiku selain Islam". penegasan terhadap konsep pluralism juga tercatat dalam surah al-Ikhlas. cuma, cadangan yang nak mengharamkan agnes monica masuk kat mesia ni.. aku kurang bersetuju. (sebenornya kesian kat lock tu.. dia tu kipas susah mati/ die hard fan agnes monica). bagi aku, cukup sekadar lagu itu diharamkan.. kerana dakwah agama selain agama Islam tidak boleh dilakukan secara terbuka, dan dalam perlembagaan sendiri ada mengatakan, orang agama lain tidak boleh berdakwah pada orang agama Islam. (ustaz aku ada cakap. tapi aku tak tau lah.. pasal aku tak hafal perlembagaan negara). ada hujah dari kawan2 kiter yang len tak pasal isu nih? jom kongsi sama2? | |
|
peace™ [[PONSEL_FIGHTER]]
Posts : 1529 Join date : 2009-04-11 Location : slgr
| Subject: Re: Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica Sun Apr 26, 2009 7:19 pm | |
| kita takleh nak bandingkan indonesia dengan negara kita.. memang la dia rasa dia tak buat salah... sebab dia penganut agama kristian.. tapi apabila dia tunjukkan yang dia menyanyi untuk berdakwah.. maka kita perlu hindarkan dari kita terjebak.. apabila kita menyanyi lagu dia.. dah macam syirik lak.. jadi hati2... nanti dia rasa dri dia masih diterima org malaysia... dia akan buat lagi lagu2 camtu... kalau dia hormat kita dah tentu dia takkan nyanyi dengan nama tu.. dia kan letak kan tuhan jek.. itu dah menunjukkan dia memang sengaja nak berdakwah agama dia.. dia tahu apa dia buat.. begini lah cara orang2 yahudi nak mendekati dan merosak kan orang2 islam.. lebih baik kita menghindari sebelum kita tak tahu kita dah syirik ke tak.. berhati2 lah.. semoga kita dilindungi Allah s.w.t amin.... | |
|
salju senior
Posts : 1063 Join date : 2009-04-12 Age : 40 Location : mesia
| Subject: Re: Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica Sun Apr 26, 2009 7:28 pm | |
| sbb tu aku kata, haramkan lagunya saja. pastu, warning dia jangan buat camtu kat mesia. aku rasa nih pun dah cukup bagus. kalo dia langgar gak lagi.. baru haramkan dia terus. apa yang kerajaan mesia buat pun dah bagus bagi aku. haramkan lagu Allah peduli itu diputarkan. | |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica | |
| |
|