perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
perak1

HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips

 LUASNYA NERAKA ..

Go down 
2 posters
AuthorMessage
lipanx_laut
Police
Police
lipanx_laut

Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

LUASNYA NERAKA .. Empty
PostSubject: LUASNYA NERAKA ..   LUASNYA NERAKA .. Icon_minitimeWed Apr 29, 2009 6:35 am

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam..

Apa kah hikmahnya nombor 7?
semuanya mempunyai angka 7, iaitu 7,70, 70,000....

aa sapa2 tau?
Back to top Go down
uncle
junior
junior
uncle

Posts : 155
Join date : 2009-04-30

LUASNYA NERAKA .. Empty
PostSubject: Re: LUASNYA NERAKA ..   LUASNYA NERAKA .. Icon_minitimeThu Apr 30, 2009 8:06 pm

jika luas nya neraka... maka ingat lah pada syurga...

Dari Abu Said Al Khudri r.a... bahawa Rasulullah s.a.w bersabda... " Apabila isi syurga telah masuk kedalam syurga & isi neraka telah masuk ke dalam neraka, Tuhan berfirman... "Sesiapa yg ada keimanan dlm hatinya barang seberat biji sawi... hendaklah kamu keluarkan dari neraka" lalu mereka dikeluarkan.. sedangkan kulitnya telah terbakar menjadi bara... kemudian mereka dijatuhkan kedalam sungai kehidupan... maka bertumbuhlah mereka sebagai tumbuhnya bibit diatas sampah banjir.. Nabi s.a.w bersabda lagi... " Bukankah sudah kamu lihat... tumbuhnya kuning dan bengkok..??"
Back to top Go down
 
LUASNYA NERAKA ..
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» lelaki bakal2 ke neraka...(renung2kan lah)
» Kalo tuhan tu baik,kenapa buat neraka
» 4 golongan lelaki yang akan di tarik ke neraka oleh wanita

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT AGAMA:: .::RELIGION SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
LUASNYA NERAKA .. Vote_lcapLUASNYA NERAKA .. Voting_barLUASNYA NERAKA .. Vote_rcap 
miss-lady (1280)
LUASNYA NERAKA .. Vote_lcapLUASNYA NERAKA .. Voting_barLUASNYA NERAKA .. Vote_rcap 
sriteddy™ (1157)
LUASNYA NERAKA .. Vote_lcapLUASNYA NERAKA .. Voting_barLUASNYA NERAKA .. Vote_rcap 
salju (1063)
LUASNYA NERAKA .. Vote_lcapLUASNYA NERAKA .. Voting_barLUASNYA NERAKA .. Vote_rcap 
lipanx_laut (970)
LUASNYA NERAKA .. Vote_lcapLUASNYA NERAKA .. Voting_barLUASNYA NERAKA .. Vote_rcap 
macan_sparrow (742)
LUASNYA NERAKA .. Vote_lcapLUASNYA NERAKA .. Voting_barLUASNYA NERAKA .. Vote_rcap 
kuyie (668)
LUASNYA NERAKA .. Vote_lcapLUASNYA NERAKA .. Voting_barLUASNYA NERAKA .. Vote_rcap 
raffey-sama (509)
LUASNYA NERAKA .. Vote_lcapLUASNYA NERAKA .. Voting_barLUASNYA NERAKA .. Vote_rcap 
arb_mtq (432)
LUASNYA NERAKA .. Vote_lcapLUASNYA NERAKA .. Voting_barLUASNYA NERAKA .. Vote_rcap 
luvfama (297)
LUASNYA NERAKA .. Vote_lcapLUASNYA NERAKA .. Voting_barLUASNYA NERAKA .. Vote_rcap 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.