Ada pendapat mengatakan watak seseorg itu dipengaruhi oleh golongan darah yg diwakilinya. Mungkin betul, mungkin tidak. Tapi utk kepastian U all kenalah nilaikan sendiri ye!
Langkah pertama kenalah buat pemeriksaan darah. Kenali dulu apa jenis darah tu, kemudian barulah boleh nilaikan sama ada karater yg ada pada diri tu tepat atau tidak seperti yg dinyatakan di bwh ni ye...Golongan darah A :- Biarpun bersikap lembut tapi dlm bab membuat keputusan, mereka sgt tegas!
- Suka mengalah dan cukup ringan tangan
- Membantu sesiapa shj dlm kesusahan biarpun org tersebut baru dikenalinya stgh jam.
Uisshhh...bahaya tu..
- Tak mudah emosi punya! Biarpun tersinggung mereka sedaya upaya berlagak selamba.
Bagus! Bagus!
- Tapi kalau emosi tak dikawal membuatkan mereka menjadi seorg yg agak kejam dan tak akan
mempedulikan perasaan org lain!
- Agak pemalu...kalau nak sesuaikan diri dgn keadaan baru mungkin agak sukar sedikit!
Golongan darah B :- Otaknya cukup cerdas.
- Bersifat periang dan peramah. Kalau dpt berbual dgn org yg disukainya...berjam-jam!
- Rasa humor sgt tinggi...pak lawaklah juga!
- Suka berkwn dan pandai sesuaikan diri dgn apa pun keadaan. Sebab tu juga mereka ni ramai kwn!
- Sll berjaya sbb keyakinan dan semangat mereka tinggi!
- Impian mereka ni sll jadi kenyataan.
- Kelemahan mereka ialah mereka bersikap kurang berhati-hati.
- Sgt suka dirinya dihargai dan dipuji!
Golongan darah AB :- haha.. dia org ni special sbb mereka gabungan watak atau sifat golongan darah A dan B. Hatinya
cukup ssh nak diduga apatah lagi fikirannya.
- Penampilan luarannya lbh ke arah golongan darah B, spt mudah bergaul, optimis, tetap pendirian
dan suka dipuji.
- Tapi hatinya pula cenderung ke arah mereka yg berdarah A iaitu suka mengalah dan sgt murah
hati.
- Mungkin ada segelintir org yg menyifatkan mereka ni agak pelik. Sbbnya bila tgh mrh dia boleh
gelak mcm nak pengsan tapi bila tgh bergembira pula tiba-tiba mereka menjadi sedih.
Kenapa ekk?
- Kurang keyakinan diri dan selalu je curiga!
Golongan darah O :- rasa yakin diri mereka ni cukup tinggi!
- Sama juga dgn keputusan yg dibuat. Kalau dikata IYE, maknanya IYE. Tak boleh tukar2 punya.
- Apa pun yg dibuat merupakan hasil pemikiran mereka yg cukup matang.
- Orang yg berdarah O ini cukup bijak. Sbb tu mereka ssh nak terpengaruh pd lingkungan pergaulan
yg buruk.
- Lebih rela hidup sorang2 drpd berkwn dgn mereka yg buruk kelakuannya.
- Kalau disebut kelemahannya, mereka ni agak keras kepala dan tak suka mengalah walaupun
tahu mereka tu yg salah.
Jadi, mana satu darah kamu?