perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
perak1


 
HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


 

 yakjud dan makjud

Go down 
2 posters
AuthorMessage
maya
junior
junior
maya


Posts : 71
Join date : 2009-05-04
Age : 36
Location : ipoh

yakjud dan makjud Empty
PostSubject: yakjud dan makjud   yakjud dan makjud Icon_minitimeTue May 05, 2009 2:06 pm

Yakjud dan
Makjud


Salam..hanya nak
berkongsi...disebalik mcm2 amaran Allah yang berlaku sejak akhir2 ni...mungkin
bumi kita ni dah tua dan mungkin gak dh nk smpai
penghujungnya...wallahua'alam.
Serba sedikit perihal yakjuj dan
makjuj.......

Disebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan
dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih ada satu
kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.Hingga
kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui
wilayah asing itu sekaligus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan
dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.

Bagaimanapun, kewujudan makhluk
itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul dihadapan manusia.
Akan tetapi, ketikamakhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat
apa-apa.Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains
dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesis baru ketika
ini kerana sewaktu munculnya makhluk yang dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia
sudah terlalu hampir dengan kiamat!Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan
dan lokasi "pusat tahanan" Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada
manusia.

Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia
dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalm perkara ghaibyang wajib diimani
manusia menerusi tanda besar kiamat.Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith,
Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya(API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman,
berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesis lain sebaliknya ia
adalah manusia keturunan Nabi Adam AS.Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan
Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Nafis yang
berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang
mereka keluar daripada lokasi mereka.

"Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan
Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98
manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiya, ayat ke 96 dan
97", katanyaAllah berfirman menerusi ayat surah al-KAHFI ITU: "Kemudian
dia(Zulkarnain) menempuh suatu jalan(yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai
antara dua gunung, dia mendapati dihadapan kedua-dua gunungitu suatu kaum yang
hampir tidak mengerti pembicaraan."Mereka berkata:"Hai Zulkarnain,sesungguhnya
Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah
kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuatdinding antara
mereka?'"Zulkarnain berkata: "Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapanya
adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan(manusia dan peralatan),
agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.

Berilah aku
potongan-potongan besi'."Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan
kedua-dua(puncak)gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah(api itu). Hingga
apabila besi itu sudah menjadi(merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku
tembaga(yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu."Maka mereka
tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata:
'Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji
Tuhanku(kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu
adalah benar".

Dalam ayat surah an-Anbiya pula, Allah berfirman: "Hingga
apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari
seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang
benar(kiamat) maka tiba-tiba terbeliaklah mata orang kafir(Merekaberkata):
'Aduhai celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini,
bahkan kami adalah orang yang zalim".Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran
itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj
tetapi ada juga perbezaan pendapat dikalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa
itu yang tidak diterangkan nas.

"Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan
ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit
kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.Pendapat lain menambah
yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul
manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.Beliau
berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehigga kini
tetapi dipisahkan daripada manusia oleh Allah SWT menerusi tembok yang dibina
oleh Zulkarnain.Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu
adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih
menghalang mereka dengan kembalimeneguhkan benteng berkenaan sehinggalah
hampirnya hari kiamat.

Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj
dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu
menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat.Yakjuj dan Makjuj juga muncul
selepas kamatian Dajal yang dibunuh oleh Nabi isa AS dan bangsa itu akan
mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka ikatakan luar biasa
dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan
itu.

"Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di
pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj: Baginda kemudia
berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat
yang menyerang belakang badan golongn itu sehingga mati."Selepas bangsa Yakjuj
dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk
mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi", katanya.

Menyoroti dalil
kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin dan mempertahankan akidah
islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah keran mereka
yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiya di atas
seperti firman-Nya:"(Mereka berkata):'Aduhai, celakalah kami, sesunggunnya kami
adalah dalam kalalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang
zalim".
Back to top Go down
_deal0va_
senior
senior



Posts : 196
Join date : 2009-04-11
Age : 37
Location : Seri Iskandar,Perak

yakjud dan makjud Empty
PostSubject: Re: yakjud dan makjud   yakjud dan makjud Icon_minitimeTue May 05, 2009 6:08 pm

yakjuj wa makjuj lol!
Back to top Go down
 
yakjud dan makjud
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT AGAMA:: .::RELIGION SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
yakjud dan makjud Vote_lcapyakjud dan makjud Voting_baryakjud dan makjud Vote_rcap 
miss-lady (1280)
yakjud dan makjud Vote_lcapyakjud dan makjud Voting_baryakjud dan makjud Vote_rcap 
sriteddy™ (1157)
yakjud dan makjud Vote_lcapyakjud dan makjud Voting_baryakjud dan makjud Vote_rcap 
salju (1063)
yakjud dan makjud Vote_lcapyakjud dan makjud Voting_baryakjud dan makjud Vote_rcap 
lipanx_laut (970)
yakjud dan makjud Vote_lcapyakjud dan makjud Voting_baryakjud dan makjud Vote_rcap 
macan_sparrow (742)
yakjud dan makjud Vote_lcapyakjud dan makjud Voting_baryakjud dan makjud Vote_rcap 
kuyie (668)
yakjud dan makjud Vote_lcapyakjud dan makjud Voting_baryakjud dan makjud Vote_rcap 
raffey-sama (509)
yakjud dan makjud Vote_lcapyakjud dan makjud Voting_baryakjud dan makjud Vote_rcap 
arb_mtq (432)
yakjud dan makjud Vote_lcapyakjud dan makjud Voting_baryakjud dan makjud Vote_rcap 
luvfama (297)
yakjud dan makjud Vote_lcapyakjud dan makjud Voting_baryakjud dan makjud Vote_rcap 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.