perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
perak1

HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips

 PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI

Go down 
2 posters
AuthorMessage
_deal0va_
senior
senior

Posts : 196
Join date : 2009-04-11
Age : 36
Location : Seri Iskandar,Perak

PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Empty
PostSubject: PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI   PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Icon_minitimeSat May 09, 2009 7:47 pm

Untuk para suami, ikutilah pesanan anda untuk menjamin kerukunan rumahtangga anda.

1.
Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang
bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila
isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar
apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga
kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima
daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan
sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias
rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih
baik dan canggih daripada emak anda.

4 Jangan demand seks
sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan
sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan
dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada
suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan
suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan
sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri
bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak,
mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu
hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga
sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu,
tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai
giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor
tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah,
beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah
dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan
perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih
berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan
isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak
tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali
menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi.
Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11.
Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main
wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu Jangan sekali
mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut
dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali
kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan
bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni,
semakin suami"degil" tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela
nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14.
Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam
bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila
dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang,
simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah
bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja
rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk
rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda
sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan
banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan
tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.
Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang
buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda
kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19.
Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah
tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami
buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun
suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri
diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau Isteri merajuk
atau berkecll hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu
pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami
tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang
remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami
khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan
perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat
mogok, anda juga yang rugi!
Back to top Go down
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
peace™

Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Empty
PostSubject: Re: PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI   PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Icon_minitimeSat May 09, 2009 8:24 pm

PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI 51170 PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI 51170
PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI 976596
Back to top Go down
 
PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pesanan Isteri Untuk Suami.
» .::SUSU IBU : PESANAN UNTUK IBU BAPA::.
» suami dan isteri dua dua gila
» SEPASANG SUAMI ISTERI DAH LAMA
» Kisah Suami Isteri dan Cermin

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_lcapPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Voting_barPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_rcap 
miss-lady (1280)
PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_lcapPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Voting_barPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_rcap 
sriteddy™ (1157)
PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_lcapPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Voting_barPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_rcap 
salju (1063)
PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_lcapPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Voting_barPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_rcap 
lipanx_laut (970)
PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_lcapPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Voting_barPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_rcap 
macan_sparrow (742)
PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_lcapPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Voting_barPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_rcap 
kuyie (668)
PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_lcapPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Voting_barPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_rcap 
raffey-sama (509)
PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_lcapPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Voting_barPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_rcap 
arb_mtq (432)
PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_lcapPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Voting_barPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_rcap 
luvfama (297)
PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_lcapPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Voting_barPESANAN ISTERI UNTUK SUAMI Vote_rcap 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.