Bunyi sebutan nama; iaitu jika bunyi di:
Depan = (Markah 9); Atas = (Markah 8); Bawah = (Markah 5)
Contoh:-
Nama Sebutan Markah Jumlah
Lelaki Ahmad Azhar Ah + mad +
Az + har 8 + 8 + 8 + 8 32
Perempuan Arni Nazira Ar + ni + Na + zi + ra 8 + 5 + 8 + 5 + 8 34
Total 66
Mencari Baki:-
Jumlah 66 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.
Iaitu:
66 bahagi 9 baki ialah 3
66 bahagi 7 baki ialah 3
66 bahagi 5 baki ialah 1
66 bahagi 3 baki ialah 0
Oleh itu Baki ialah 3, 3, 1, 0 (Baca dari atas ke bawah)
Peringkat perjalanan usia perkahwinan (9,7,5,3)
9 - Di masa muda (awal perkahwinan).
7 - Di masa memasuki pertengahan.
1 Biji Di Tasik
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dgn kadar masing2) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.
2 Anak Raja Sekandang
Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.
3 Anak Raja Kepanasan
Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumah tangga akan hancur.
4 Abu Atas Tunggul
Di waktu ini duit ada tapi tak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis dibelanjakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.
5 Telaga Di Bawah Bukit
Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.
6 Tanduk Seberkas
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.
7 Naga Seru
Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.
8 - sama seperti nombor 0 -