sriteddy™ Site Admin
Posts : 1157 Join date : 2009-04-20 Location : a place called heart
| Subject: Mutiara Kata Wed Jun 03, 2009 11:14 am | |
| Pilih lah pemimpin yang takut dengan Allah Yang minta di bantu menegak kebenaran, Dan minta di tegur kalau ia bersalah. Ia tidak menyebut jasanya, Dan tidak banyak membuat janji janji manis.
Berani waktu berkuasa, Bukan keberanian yang hakiki dan semula jadi, Keberanian yang hakiki ialah berani menegakkan kebenaran.
Dalam majlis muzakarah, Kalau ada orang yang tidak ikhlas, Akan terjadi majlis mujadalah dan berbalah.
Janganlah bermesyuarat dengan orang orang ini, Kerana tidak akan dapat natijah yang baik: Orang yang sedang sakit Orang yang sedang marah Orang yang sedang lapar Orang yang mengantuk Orang yang susah hati Orang yang bodoh Orang yang sedang mabuk cinta.
Kebiasan ulama tidak rasmi Ada ramai pengikut dan di hormati Sebaliknya ulama rasmi (yang makan gaji dengan pemerintah) tidak ada pengikut Cuma ia di takuti kerana ada kuasa
Sifat ego lebih banyak pada ulama Sifat zalim ada pada orang yang berkuasa Sifat pura pura ada pada orang politik Sifat tamak ada pada orang kaya
Bertukar fikiran lah dengan hukamak Bertanyalah hukum dengan ulama Carilah tenaga dengan orang banyak Mintalah di doakan oleh orang warak Behiburlah dengan kanak kanak Berilah pertolongan kepada yang berkehendak. Yang berilmu mari mengajar Yang tidak berilmu mari belajar Kalau sama sama sudah berilmu mari bermuzakarah | |
|
sriteddy™ Site Admin
Posts : 1157 Join date : 2009-04-20 Location : a place called heart
| Subject: Re: Mutiara Kata Fri Jun 05, 2009 10:30 am | |
| Kalau kita hendak menulis di Forum Group ini Tanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu.
Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala. p/s- klu korang ade mutiara kata best2 nak syer..letak rr kat sini | |
|