perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
perak1

HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips

 PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI

Go down 
+3
salju
enni
sriteddy™
7 posters
AuthorMessage
sriteddy™
Site Admin
Site Admin
sriteddy™

Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Empty
PostSubject: PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI   PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Icon_minitimeSat Jul 25, 2009 7:23 am

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik.

Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.

Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama.
Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan.

Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa.

Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.

Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu.

Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur.

Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.

Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.

Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.

Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya.

Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s. a. w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah.

Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka.

Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ... semoga Allah perkenankannya.

Extract From E.Sham Blog
Back to top Go down
enni
junior
junior
enni

Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 36
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Empty
PostSubject: Re: PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI   PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Icon_minitimeWed Jul 29, 2009 3:42 pm

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 543308 sri...ak da pnah bace artikel ni... PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 543308

tq sri..sbb post artikel ni PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 543308 PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 543308 PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 543308

meremang ak bc artikel..camne la isteri die ye..da la tolak permintaan suaminya... PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 543308 PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 543308

tp..isterinya penat..adehhh PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 543308 PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 543308 PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 20391

x sanggup nk comment da.. sedih sedih sedih

ape pn..nice post PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 951252
Back to top Go down
salju
senior
senior
salju

Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 40
Location : mesia

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Empty
PostSubject: Re: PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI   PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Icon_minitimeWed Jul 29, 2009 6:20 pm

sbb tu ler... saper cakap senang nak kawen nih... PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 994345 kalo kawen semata2 sbb gatal.. baek takyah kawen.... PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 571166

kalo nak kawen, kena pikul amanah, tanggungjawab, pengorbanan, tolak-ansur, memahami... ish.. banyak lagi ler aku nak senaraikan... PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 90732

disebabkan banyak pk mende2 camni.. kadang2 aku rasa takot nak bernikah.. PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 159678

aku rasa.. aku takot sangat suami aku nanti tak dapat meredhai diri aku... dah ler aku nih bukannya baek sangat.. PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 543308 suka menjawab, kasar, biadab, mengada2... pemalas plak tu.. PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 543308

aku harap sangat dapat bertemu dgn insan yang boleh menerima aku seadanya... PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 279884 dan tidak menjadikan kelemahan aku sebagai asas untuk memarahi diri aku... PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 67899 tetapi menjadikan ia sebagai punca pahalanya dalam mendidik aku.. PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 67899 dan juga memandang indahnya aku di sebalik kelemahan yang aku ada.... PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 279884
Back to top Go down
enni
junior
junior
enni

Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 36
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Empty
PostSubject: Re: PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI   PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Icon_minitimeWed Jul 29, 2009 8:26 pm

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 159678 sy sokong pe yg kak salju ckp tu.. PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 159678

terase betul payah nye nk tempuh alam perkahwinan ni.. PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 543308 PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 543308

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 519688
Back to top Go down
sriteddy™
Site Admin
Site Admin
sriteddy™

Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Empty
PostSubject: Re: PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI   PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Icon_minitimeThu Jul 30, 2009 3:59 am

mn ade kehidupan yg senang PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 33424... nak mkn pn susah..ade peraturan PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 217756 tp klu sume berlandaskan Agama...insyaallah.. hidup akan senang PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 519688
Back to top Go down
luvfama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
luvfama

Posts : 297
Join date : 2009-04-30
Age : 38
Location : Negi 9

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Empty
PostSubject: Re: PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI   PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Icon_minitimeThu Jul 30, 2009 9:14 pm

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 90732 PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 90732 PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 90732 PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 90732
Back to top Go down
miss-lady
Admin
Admin
miss-lady

Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 36
Location : sabah & perak

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Empty
PostSubject: Re: PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI   PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Icon_minitimeSat Feb 06, 2010 7:53 pm

sian PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 67899
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 256
Join date : 2009-04-10
Age : 39
Location : gerik,perak

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Empty
PostSubject: Re: PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI   PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Icon_minitimeFri Jul 13, 2012 3:32 am

sriteddy™ wrote:
Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik.

Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.

Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama.
Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan.

Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa.

Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.

Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu.

Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur.

Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.

Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.

Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.

Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya.

Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s. a. w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah.

Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka.

Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ... semoga Allah perkenankannya.

Extract From E.Sham Blog
Back to top Go down
https://perak1.forumotion.com
myzz oty
SUPPORTER
SUPPORTER

Posts : 6
Join date : 2012-07-05

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Empty
PostSubject: Re: PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI   PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Icon_minitimeFri Aug 03, 2012 4:46 pm

subhanallah PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 166410 thanx 4 sharing article PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI 519688
Back to top Go down
Sponsored content

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Empty
PostSubject: Re: PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI   PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Icon_minitime

Back to top Go down
 
PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Solat Sunat Tahajjud..Bila Kali Terakhir Anda Lakukan?
» Ibuku Seorang Pembohong.....
» Hati Seorang wanita
» Kasih Seorang Bapa
» hati seorang kekasih lelaki..

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT KAUNSELING:: .::COUNSELING SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Vote_lcapPAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Voting_barPAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Vote_rcap 
miss-lady (1280)
PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Vote_lcapPAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Voting_barPAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Vote_rcap 
sriteddy™ (1157)
PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Vote_lcapPAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Voting_barPAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Vote_rcap 
salju (1063)

lipanx_laut (970)
PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Vote_lcapPAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Voting_barPAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Vote_rcap 
macan_sparrow (742)
PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Vote_lcapPAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Voting_barPAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Vote_rcap 
kuyie (668)

raffey-sama (509)
PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Vote_lcapPAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Voting_barPAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Vote_rcap 
arb_mtq (432)
PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Vote_lcapPAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Voting_barPAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Vote_rcap 
luvfama (297)
PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Vote_lcapPAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Voting_barPAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Vote_rcap 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.