perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
perak1

HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips

 Pakar Mata: Rokok rosak mata

Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
peace™

Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitimeThu Jun 11, 2009 6:51 am

Ingat apa jua penyakit yg kita
hadapi itu..datangnya dari Allah. S.W.T..tapi kita wajib menjaga
kebersihan dan keselamatan diri kita..supaya hidup di dunia ini ada
arah tujunya dan dapat beribadah kpd Allah S.W.T..jangan mati dengan
sia-sia di usia muda tanpa membawa apa2 bekal ke akhirat..gara-gara
ROKOK.

Pakar Mata: Rokok rosak mata
Oleh Bersama Prof Dr Muhaya Mohamad (Perunding Oftalmologi Pusat Perubatan Prince Court)

ROKOK
bukan saja dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti darah tinggi,
sakit jantung dan kanser, tetapi ia juga memberi kesan besar terhadap
kesihatan mata dan boleh menjejaskan penglihatan, terutama apabila usia
semakin lanjut.

Bagaimana merokok memberi kerosakan kepada mata?

Perokok
mempunyai risiko tinggi untuk menghidap katarak lebih awal pada umur
muda. Melalui pengalaman saya, ada pemuda semuda usia 34 tahun
mengalami katarak pada kedua-dua matanya.

Apabila disiasat, beliau mengakui menjadi perokok tegar yang menghisap 20 batang rokok sehari sejak berusia 16 tahun.

Berdasarkan
penyelidikan Universiti Harvard, merokok terbukti antara faktor risiko
utama yang menyumbang kepada pembentukan katarak.

Walaupun
berhenti merokok boleh mengurangkan risiko dan kerosakan kepada kanta
mata, sesetengah kerosakan mungkin tidak dapat diperbaiki.

Memang
semua orang tidak boleh lari daripada katarak apabila umur meningkat,
tetapi ada kajian menunjukkan perokok mengalami masalah katarak
kira-kira 10 hingga 15 tahun lebih awal berbanding individu tidak
merokok.

Kajian menunjukkan rokok ‘membantu’ membentuk katarak
dalam dua cara. Pertama, radikal bebas dalam asap rokok menyerang mata
secara terus dan berpotensi merosakkan protein dan membran sel pada
kanta mata.

Kedua, merokok mengurangkan paras antioksidan dan
sesetengah enzim dihasilkan dalam badan yang berfungsi menyingkir
protein yang rosak pada kanta.

Bekalan asap rokok yang berterusan lama kelamaan akan menggandakan risiko mendapat katarak.

Merokok
juga meningkatkan kemungkinan mendapat kemerosotan makula. Kajian
menunjukkan perokok dan bekas perokok mempunyai risiko tinggi untuk
mengalami kerosakan pada retina.

Degenerasi makula boleh
menyebabkan kebutaan kekal apabila berlaku perdarahan di dalam retina.
Degenerasi makula adalah penyebab utama kebutaan pada mereka yang
berumur melebihi 50 tahun.

Ia disebabkan asap rokok boleh
meningkatkan risiko berlaku kerosakan pembuluh darah pada saraf optik.
Ini menyebabkan kebutaan kekal.

Ada penyelidik mendapati risiko
perokok mengalami kemerosotan makula ialah dua hingga dua setengah kali
ganda lebih tinggi berbanding bukan perokok. Lebih lama tempoh
seseorang itu merokok, risikonya lebih tinggi.

Walaupun perokok
berdepan risiko dua kali ganda mendapat kemerosotan makula jika
berhenti merokok, tindakan itu jauh lebih baik daripada terus
membiarkan asap rokok merosakkan badan dan penglihatan anda kerana
risiko ini berkurang perlahan-lahan.

Secara umumnya penglihatan
perokok dikatakan kurang baik, terutama ketika memandu pada waktu
malam. Penyelidik percaya ia disebabkan kehadiran gas karbon dioksida
dalam asap rokok yang menjejaskan penglihatan pada waktu malam.

Mereka
yang mempunyai diet tidak sempurna serta merokok dan meminum arak
mempunyai risiko mengalami kerosakan kekal pada saraf optik.

Mereka yang mempunyai mata kering dan merokok menyebabkan gejala berlebihan seperti terasa pedih, gatal dan berair.

Bagaimanakah merokok mengganggu kesihatan mata janin dan bayi yang baru dilahirkan?

Kajian
menunjukkan ada kaitan di antara kehamilan dan risiko mendapat radang
otak ketika janin membesar. Risiko mendapat penyakit meningitis
jangkitan kuman adalah lima kali ganda bagi ibu mengandung yang merokok.

Seperkara
yang perlu diingat ialah merokok boleh menjejaskan penyerapan nutrien
makanan. Asap rokok menyebabkan vitamin C musnah dua kali lebih cepat
sebelum ia sempat diserap oleh badan.

Jika berterusan, ia boleh mengakibatkan perokok mengalami masalah kekurangan vitamin C.

Vitamin
C adalah antioksidan yang sangat diperlukan badan untuk melindungi sel
daripada tindakan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.

Jadi walaupun anda rajin mengambil pil vitamin, anda tidak dapat menikmati manfaatnya selagi tidak berhenti merokok.

Pakar Mata: Rokok rosak mata 784228 Pakar Mata: Rokok rosak mata 784228 Pakar Mata: Rokok rosak mata 784228 Pakar Mata: Rokok rosak mata 784228 Pakar Mata: Rokok rosak mata 784228 Pakar Mata: Rokok rosak mata 784228
Back to top Go down
 
Pakar Mata: Rokok rosak mata
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» cermin mata atau kanta mata (contact lens)?
» rahsia mata....
» satu mata...
» kek mata hantu..
» Jamuan Mata... dr uncle

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::TIPS KESIHATAN::..::HEALTY TIPS::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
Pakar Mata: Rokok rosak mata Vote_lcapPakar Mata: Rokok rosak mata Voting_barPakar Mata: Rokok rosak mata Vote_rcap 
miss-lady (1280)
Pakar Mata: Rokok rosak mata Vote_lcapPakar Mata: Rokok rosak mata Voting_barPakar Mata: Rokok rosak mata Vote_rcap 
sriteddy™ (1157)
Pakar Mata: Rokok rosak mata Vote_lcapPakar Mata: Rokok rosak mata Voting_barPakar Mata: Rokok rosak mata Vote_rcap 
salju (1063)
Pakar Mata: Rokok rosak mata Vote_lcapPakar Mata: Rokok rosak mata Voting_barPakar Mata: Rokok rosak mata Vote_rcap 
lipanx_laut (970)
Pakar Mata: Rokok rosak mata Vote_lcapPakar Mata: Rokok rosak mata Voting_barPakar Mata: Rokok rosak mata Vote_rcap 
macan_sparrow (742)
Pakar Mata: Rokok rosak mata Vote_lcapPakar Mata: Rokok rosak mata Voting_barPakar Mata: Rokok rosak mata Vote_rcap 
kuyie (668)
Pakar Mata: Rokok rosak mata Vote_lcapPakar Mata: Rokok rosak mata Voting_barPakar Mata: Rokok rosak mata Vote_rcap 
raffey-sama (509)
Pakar Mata: Rokok rosak mata Vote_lcapPakar Mata: Rokok rosak mata Voting_barPakar Mata: Rokok rosak mata Vote_rcap 
arb_mtq (432)
Pakar Mata: Rokok rosak mata Vote_lcapPakar Mata: Rokok rosak mata Voting_barPakar Mata: Rokok rosak mata Vote_rcap 
luvfama (297)
Pakar Mata: Rokok rosak mata Vote_lcapPakar Mata: Rokok rosak mata Voting_barPakar Mata: Rokok rosak mata Vote_rcap 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.