perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
perak1


 
HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


 

 Tahukah Anda...

Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
peace™


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

Tahukah Anda... Empty
PostSubject: Tahukah Anda...   Tahukah Anda... Icon_minitimeSun Apr 26, 2009 2:30 pm

ANDA menyangka purba adalah yang mundur? Jika itu tanggapan anda mengenai silam yang wujud ratusan, ribuan atau jutaan tahun lalu, fikir kembali.

Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.

Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih futuristik daripada sekarang!

Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.

Akan tetapi, artifak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan sebaliknya - masyarakat purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.

Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi.

Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka rahsia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi. Berikut adalah antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan seolah-olah dunia purba lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi ketika ini:




Penemuan bateri dari Baghdad, Iraq

Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu.

Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm.

Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta.

Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus 'menafikan' Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831.

Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.

Kalkulator kuno.

Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai 'kalkulator' yang menghitung pergerakan bintang dan planet.

Reaktor nuklear berusia dua juta tahun.

Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.

Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada kini.

Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.

Kanta optik

Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.

Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Jantung buatan

Di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Robot

Pada pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.

Turut dicipta Ma Daifeng pada berkenaan adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.

Kenderaan

Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada ini walaupun ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu.

Gambar berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang moden ditemui.
StRiDeR is offline Report Post

Tahukah Anda... 584146 Tahukah Anda... 584146 Tahukah Anda... 584146 Tahukah Anda... 584146
Back to top Go down
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
peace™


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

Tahukah Anda... Empty
PostSubject: Re: Tahukah Anda...   Tahukah Anda... Icon_minitimeSun Apr 26, 2009 2:32 pm

colagate

Colgate menghadapi kesulitan saat memasarkan produknya di Spanyol.
Pasalnya dinegara tersebut kata Colgate berarti gantung dirimu.\

IKAN PAUS

Sejak bila ikan paus wujud? Fosil ikan paus yang ditemui di bumi ini menunjukkan ikan paus telah wujud di bumi ini sejak tujuh juta tahun yang lalu. Namun begitu para saintis percaya bahawa ikan paus telah wujud sejak 55 juta sehingga 60 juta tahun yang lalu.

Terdapat 80 jenis ikan paus di dunia ini termasuk 11 spesis ‘baleen whales’ dan 69 spesis ‘toothed whales’ yang turut merangkumi ikan lumba-lumba. Walaupun kita ketahui bahawa ikan paus hidup dalam air masin tetapi terdapat beberapa spesies ikan paus atau dikenali sebagai ikan lumba-lumba yang dikenali sebagai ‘Chinese river dolphin’ yang tinggal di kawasan air tawar.

Kebanyakan masyarakat percaya bahawa ikan paus adalah haiwan yang amat bijak kerana ia mempunyai otak yang besar dan kompleks tetapi kebijaksanaannya itu masih belum dibuktikan

ALOE VERA

Antara khasiat yang terdapat pada gel tumbuhan aloe vera adalah:

Jel aloe merupakan anaesthetic yang ringan, dimana ia dapat mengurangkan rasa gatal, bengkak dan sakit. Ia juga merupakan bahan anti bakteria dan kulat serta dapat meningkatkan aliran darah ke kawasan yang luka dan mengalakkan pembentukan fibroblast.

Ia juga mempercepatkan tisu kulit yang terbakar sembuh.
Ia mempercepatkan penyembuhan luka, berbanding jika dirawat secara biasa ( standard dressing ).Jus aloe vera berkesan menyembuh cirit berit, keracunan usus dan ulser gastrik.

Ia dapat mengurang paras gula bagi pesakit kencing manis.Ia dapat mereda dan melambatkan kesan tindakan virus HIV-1, virus yang dikaitkan dengan penyakit AIDS.Ia juga cepat meredakan demam panas pada kanak-kanak.

KACANG SOYA

Kacang soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari barat atau timur. Antara kelebihan kacang soya adalah:

Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous.Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.Ia boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.
Ia mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
Ia sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.

Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umur.

KATAK ADE GIGI TAK?

Katak puru mempunyai gigi yang terletak di bahagian atas dalam mulutnya dan mempunyai lidah yang kuat mampu melambung mangsanya terus ke dalam mulutnya. Katak puru mampu melompat sejauh dua meter. Seekor katak puru amat mementingkan kawasan masing-masing dan melindunginya dengan pelbagai cara termasuk mengeluarkan bunyi, mengejar penceroboh, menyerang dengan melompat termasuk ‘bergusti’.

Katak puru betina amat tertarik dengan katak puru jantan yang mampu menyediakan makanan yang banyak dalam kawasannya. Seekor katak puru betina mampu mengeluarkan 25,000 biji telur yang bercantum antara satu sama lain dan terapung-apung di permukaan air. Haiwan tersebut akan menjaga anak-anaknya yang dikenali sebagai berudu sehingga ia berusia dua tahun.

Jika saiz seekor berudu itu panjang bermakna ia bertukar menjadi katak puru yang cukup besar selepas metamorfosis bermakna ia mempunyai peluang hidup yang lama. Pendengaran adalah deria yang paling penting bagi haiwan ini kerana katak puru jantan berlumba-lumba ‘menyanyi’ di kawasan kolam yang dijadikan tempat pembiakan. Manakala katak puru betina akan menyahut ‘nyanyian’ itu secara agresif dan tanpa henti.


KUMAN TERBESSSAAAR!!!

Bacteria 'Sulfur Pearl of Namibia' (Thiomargarita namibiensis) merupakan bakteria yang terbesar pernah dijumpai oleh saintis. Ia berukuran 0.75 mm ( 0.029 in.) dapat dilihat dengan mata kasar. Bakteria ini telah dijumpai oleh ahli biologi Heide Schulz dari Max Planck Institute for Marine Microbiology ketika beliau sedang belayar di perairan Namibia.

KEUNIKAN MANUSIA

Sedikit fakta menarik mengenai badan manusia, antaranya:

* badan mempunyai sejumlah trillion unit sel.
* bahagaian badan yang berbeza mempunyai jenis sel yang berbeza.
* otak manusia mengawal segala aktivti sel, tisu, organ dan sistem.
* jantung manusia berdenyut 70 kali seminit, dan setiap kali berdenyut ia mengepam secawan darah.
* jantung manusia seberat 300 g dan berdenyut lebih kurang 100,000 kali setiap hari.
* terdapat 206 ruas tulang pada rangka manusia, separuh daripadanya terdapat pada tangan dan kaki.
* setiap manusia mempunyai 32 batang gigi.
* otot-otot membentuk satu setengah kali berat badan.
* jika kesemua kulit dibuang, ia mempunyai berat sejumlah 2.27 Kg.
* 70% berat badan adalah berat air.


DINOSAUR MUNTAH


Muntahan fosil tertua telah di temuai di Peterborougah. Muntahan tersebut dikeluarkan oleh dinosour Ichthyosoaurus yang hidup di dalam air di England 160 juta tahun dahulu. Fosil ini telah ditemuai oleh Doyle di sebuah kuari tanah liat. Setelah dianalisa pada fosil tersebut nyata terdapat kandungan asid penghadaman dinosour.

Menurut Dave Martill seorang ahli kajipurba Universiti of Portsmouth, penemuan ini amat penting dalam mengkaji cara permakanan dinosor tersebut

IKAN MINUM

Adakah ikan minum? Walaupun ikan hidup di kelilingi air namun ia tetap memerlukan air untuk minum. Ikan yang tinggal di laut menggunakan air masin sebagai sumber minuman. Namun begitu, ini tidak bermakna ikan menjadi masin akibat tabiatnya meminum air laut. Ini kerana semasa ikan minum air laut ini ia mampu mengasingkan garam daripada air laut yang diminum.

Kelebihan ikan ini kerana ia mempunyai sejenis sel kumuhan klorida yang dikenali sebagai ‘ioncytes’ di dalam insangnya. Ia akan bertindak aktif untuk mengepam keluar garam daripada badan ikan. Ikan akan merasa dahaga jika ia tidak minum. Malah ikan akan mati kekeringan jika tidak minum walaupun ia hidup di dalam air.
Back to top Go down
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
peace™


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

Tahukah Anda... Empty
PostSubject: Re: Tahukah Anda...   Tahukah Anda... Icon_minitimeSun Apr 26, 2009 2:34 pm

Rahsia Di Sebalik Senyuman

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.
Back to top Go down
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
peace™


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

Tahukah Anda... Empty
PostSubject: Re: Tahukah Anda...   Tahukah Anda... Icon_minitimeSun Apr 26, 2009 2:36 pm

KITARAN HIDUP SEEKOR AYAM

Kitaran hidup seekor ayam adalah sebagaimana berikut:

- Telur ayam menetas selepas 21 hari.
- Anak ayam tumbesar menjadi ayam dewasa.
- Kitaran hidup berterusan apabila ayam dewasa bertelur.

KITARAN HIDUP SEEKOR KATAK

Kitaran hidup seekor katak adalah sebagaimana berikut:

- Telur yang tersenyawa berkembang menjadi berudu.
- Berudu matang mempunyai kaki belakang.
- Berudu matang menjadi anak katak.
- Anak katak menjadi katak dewasa.
- Kitaran hidupan berterusan apabila katak dewasa bertelur.

KITARAN HIDUP SEEKOR LIPAS

Kitaran hidup seekor lipas adalah sebagaimana berikut:

- Telur dikeluarkan dalam satu sarang telur. Sarang telur ini mengandungi antara 16 hingga 40 biji telur.
- Daripada sarang telur itu, muncul lipas muda ( nimfa ).
- Nimfa bersalin kulit beberapa kali.
- Akhirnya, nimfa itu menjadi lipas dewasa.
- Kitaran hidup berterusan apabila lipas dewasa bertelur.


KITARAN HIDUP SEEKOR RAMA-RAMA

Kitaran hidup seekor rama-rama adalah sebagaimana berikut:

- Telur yang tersenyawa berkembang menjadi ulat beluncas.
- Ulat beluncas berubah menjadi kepompong.
- Akhirnya, rama-rama akan muncul.
- Kitaran hidup berterusan apabila rama-rama dewasa bertelur.


GERHANA BULAN

Gerhana bulan berlaku apabila bulan terlindung dalam bayang-bayang bumi.

Hal ini terjadi apabila bumi berada di antara bulan dengan matahari. Cahaya matahari disekat oleh bumi dan tidak sampai ke bulan. Akibatnya, bulan tidak kelihatan kerana berada dalam bayang bumi.

Dengan demikian menyebabkan berlakunya gerhana bulan.


GERHANA MATAHARI TERJADI

Gerhana matahari terjadi apabila bulan berada di antara bumi dengan matahari.

Dengan demikian, cahaya matahari disekat oleh bulan untuk sampai ke bumi.

Bayang bulan akan terjadi pada permukaan bumi dan menyebabkan bahagian ini menjadi gelap.


LENGAN TAPAK SULAIMAN, JIKA DIPOTONG, AKAN TUMBUH SEMULA

Ya! Tapak Sulaiman, jika dipotong kecil-kecilan sekalipun, akan membina kembali lengan-lengannya daripada tiap-tiap bahagian yang dipotong itu.


CAHAYA MATAHARI SAMPAI KE BUMI

Cahaya matahari mengambil masa selama lapan minit setengah untuk sampai ke bumi.
Back to top Go down
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
peace™


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

Tahukah Anda... Empty
PostSubject: Re: Tahukah Anda...   Tahukah Anda... Icon_minitimeSun Apr 26, 2009 2:42 pm

Fakta Bumi

Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam.Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang, dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku... ..

Orbit bulan mengelilingi bumi tidak berada pada satah yang tetap. Laluan orbit bulan beralih ke atas dan ke bawah sepertimana sekeping duit syiling yang sedang berputar ketika ia hampir berhenti. Ini menjelaskan kenapa bulan kelihatan lebih ke utara atau ke selatan pada masa-masa tertentu dalam setahun.

Daripada keseluruhan sumber air di dunia, hanya 2.5 peratus adalah air tawar. Selebihnya merupakan air laut masin yang masih belum digunakan secara meluas untuk bekalan air bersih. Sumber air tawar terbesar adalah dalam bentuk ais dan salji, yang merangkumi hampir 70 peratus dari keseluruhan sumber air tawar dunia. Dekat 30 peratus berikutnya adalah air bawah tanah.

Jangan Menjilat Pelekat Sampul Surat Anda

Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya

Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya.

Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.

Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan bengkak biasa.

Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada lidahnya.

Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itumenjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankanpembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut.

Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu

Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul suratyang dijilatnya.

Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.

Andy Humes menulis:

"Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat."

"Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan "tray" gam tersebut!"

"Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah."

"Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa.

"Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!"

p/s: benda ni pun applied pada pelekat setem..
Justeru, hanya satu peratusan yang amat halus merupakan sumber air tawar dalam bentuk tasik dan sungai, terkandung dalam tanah, paya, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, serta wap air di atmosfera.
StRiDeR is offline Report Post
Back to top Go down
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
peace™


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

Tahukah Anda... Empty
PostSubject: Re: Tahukah Anda...   Tahukah Anda... Icon_minitimeSun Apr 26, 2009 2:48 pm

Jangan Ketuk Bila Nak Tarik Keluar!!!

Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya... .

Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.

Tapi awas . Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').

Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi .

Dinasihatkan: Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah berhenti mengalir.

Kereta beri makna si pemilik

Jika dulu, kereta adalah lambang kemegahan dan kemewahan kerana jarang orang yang mampu memilikinya. Tapi kini ia sudah mampu dimiliki oleh ramai orang termasuklah remaja sendiri. Cuma tentunya bagi kereta yang berjenama biasa saja! Kereta mewah tetap untuk golongan yang berada saja! Walau apapun, tak dapat dinafikan kepentingan kereta bagi kita. Selain sebagai kemudahan, sudah pasti untuk bergaya! Sebab itulah ramai yang sanggup berhabisan untuk "mekap" kereta mereka! Bahkan dikatakan remaja lelaki menjadikan kereta sebagai aset untuk memikat si gadis jelita. Makin canggih kereta yang dimiliki, makin cun gadis yang bakal dipikat nanti! Pun begitu, sekarang ini bukan lelaki saja yang "gila"kan kereta bahkan ramai awek yang "kaki kereta". Sanggup berhabisan demi memastikan kereta kesayangan mereka cantik dan bergaya! Cayalah!

Tiap orang juga punya citarasa tersendiri dalam memilih warna kereta sama ada yang terang atau cukup selesa dengan warna asal saja. Yang menariknya, warna kereta untuk dapat menggambarkan peribadi si pemiliknya. Nak tahu? Jom baca artikel ni sampai habis! Mungkin lepas ni kamu boleh perhatikan warna kereta si dia tu pula dan bandingkan sendiri kaitan warna kereta dengan pemiliknya.


Warna perak/silver

Wow! Warna ini memang membuatkan kereta itu nampak "mahal" dan baru. Kalau nak diikutkan, sebenarnya warna silver atau perak merupakan warna asas kapal terbang, roket, kapal atau peluru. Seperti juga kenderaan tersebut, pemilik kereta warna perak ini seorang yang pantas bertindak dan membuat sebarang keputusan. Dia tak suka meremehkan kerja atau menangguhkan sesuatu pekerjaan. Baginya, jika boleh diselesaikan segera, lebih elok diselesaikan dan tak perlu bertangguh lagi. Mereka tak suka simpan masalah lama-lama. Sebaik saja masalah itu dapat dikenalpasti, mereka akan bertindak untuk menyelesaikannya dan tindakan itu banyak menyelamatkan keadaan daripada menjadi bertambah buruk. Tidak suatu perkara pun yang boleh menghalang mereka daripada melakukan apa yang mereka ingin lakukan dan ini ada juga keburukannya kerana mereka bertindak mengikut kata hati. Namun begitu, sikap mereka yang sensitif lebih membuatkan teman-teman pening kepala. Kadangkala tu, kita perlu bertolak ansur kan? Usah terlalu buruk sangka sangat!

Warna hitam

Ha.. ramai yang menyukai warna hitam kerana ia nampak eksklusif dan penuh misteri. Sama seperti pemilihan warna hitam bagi pakaian. Apa agaknya personaliti pemilik kenderaan berwarna hitam ini? Mereka dikatakan melambangkan kuasa, prestij dan kesenangan hidup. Mereka ini sanggup melakukan apa saja demi kepentingan diri mereka serta keluarga. Selain itu, satu lagi kelebihan mereka ini, tak mudah berputus asa kerana mereka akan mencuba hingga mencapai apa yang dihajati selama ini. Tapi... kawal sikit sikap panas baran membuatkan teman-teman sering makan hati! Bila dah marah, mulalah tak ingat dunia! Itu yang selalu menjadi punca pergaduhan bersama si dia/teman! Namun begitu, sikap mereka yang terlalu mementingkan persahabatan membuatkan mereka disenangi ramai! Jangan sampai diperguna pulak!!!

Warna merah

Aduh! Merahnya Mak Ngah! Tampak gagah sekali ketika "menjalar" di atas jalan raya. Mereka yang memilih warna merah untuk kenderaan mereka dikatakan dikuasai oleh emosi dari segi perasaan mereka. Kadangkala mereka lebih gemar bertindak menurut kata hati dan naluri saja. Biarpun begitu, oleh kerana mereka ini sangat percayakan naluri sendiri, kebanyakan keputusan yang diambil itu tepat sekali seperti yang diduga. Selain itu, mereka juga punya kelebihan untuk meneka dan "membaca" perasaan orang lain walaupun tidak dinyatakan secara terang-terangan. Sebab itu juga mereka ini sering menjadi tempat teman mengadu hal kerana mereka lebih memahami biarpun kadangkala angin "satu badan" melanda!

Warna biru

Warna ini juga dikaitkan dengan sikap romantis tapi selain itu, ia turut melambangkan sikap optimistik dan yakin boleh. Kelebihan mereka, dalam kesesakan lalu lintas dan traffic jam, mereka tetap maintain cool dan susah nak "naik darah" seperti kebanyakan pemandu lain. Ah! Biasalah kan... . kalau marah-marahpun, keadaan itu tak kan berubah juga! Mereka ini juga gemar membuatkan orang lain rasa gembira ketika bersama mereka. Selain itu, mereka juga suka buat lawak! Tak kering gusi dibuatnya!

Warna hijau

Warna hijau juga sering dikaitkan dengan duit. Biarpun begitu mereka juga dikatakan seorang yang pemurah dan tak lokek dalam soal duit serta baik hati. Jadi, tak hairanlah pemilik kenderaan hijau ini sanggup berkorban masa dan wang ringgit mereka demi menolong mereka yang memerlukan bantuan mereka. Sebenarnya mereka ini suka jika dapat membantu orang lain agar hidup gembira. Prinsip mereka, lebih mulia jika menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan. Itu semua antara faktor membuatkan mereka popular di kalangan teman-teman. Cuma kadangkala sikap mereka ini sukar untuk dibaca dan lebih senang berahsia soal peribadi dirinya... .

Warna kuning

Pemilihan warna ini tampak menonjol sekali. Mungkin sesuai dengan si pemiliknya yang gemar dirinya menjadi perhatian orang lain. Selain itu, mereka juga seorang yang bersemangat di dalam hidup. Biarpun begitu, hidup mereka sering dilanda kesunyian. Mungkin kerana sikap mereka sendiri yang sukar untuk didampingi. Mereka nak orang lain yang mula hulurkan persahabatan dulu. Alah.. apa salahnya sesekali mereka pula yang mulakan ek? Tak rugi apa pun...

Warna putih

Dari awal lagi memang mereka tertarik dengan warna putih biarpun ramai orang yang tak begitu gemarkan warna itu. Bukan apa, mudah sangat nampak kesan kotornya! Apa personaliti mereka ini pula? Pemilik kenderaan itu dikatakan seorang yang gemarkan kedamaian hidup dan inginkan kehidupannya sentiasa tenang dan tenteram. Mereka juga cepat berpuas hati dengan kehidupan mereka sekarang. Selain itu, sudah pastinya mereka ini seorang yang pembersih. Biarpun kenderaan mereka warna putih tapi tetap kelihatan bersih berkilat tau! Orangnya juga lebih tenang dalam menangani sebarang masalah. Kelemahan mereka pula, kadangkala mereka ni suka sangat bersikap acuh tak acuh dan memandang remeh pada sesuatu perkara!

Jenis kereta

Dalam memilik jenis kenderaan, masing-masing juga punya "taste" tersendiri. Ada yang nakkan kereta mereka lebih sporty. Misalnya kereta yang bahagian belakangnya pendek. Kononnya kereta ini nampak lebih ranggi! Tidak kurang juga yang lebih cenderung pada jenis klasik yang lebih nampakkan kematangan pemiliknya serta mewah!

"Sporty"

Kereta jenis ini menampilkan pemiliknya seorang yang lasak, bergaya dan berjiwa muda. Sebab itulah selalunya remaja yang menggemari kereta ini. Mereka juga seorang yang "out going" dan mudah menjalinkan hubungan dengan sesiapa saja. Jadi tak hairanlah jika mereka ini ramai kawan! Kelemahan mereka, agak kurang berhati hati dan mudah bertindak melulu. Lepas sesuatu masalah muncul barulah mereka menyesal. Tak ada gunanya beb!

Klasik

Mereka ini lebih matang dalam hidup. Sudah habis mereka berfoya-foya tak tentu hala. Mereka lebih serius dalam mengatur karier hidup agar kehidupan mereka lebih terjamin di kemudian hari nanti. Selain itu, mereka juga cukup sabar dan berhati hati dalam setiap tindakan.

Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher

Tali leher memang mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri, seperti halnya pakaian yang lain. Anda memang bebas memilih warna dan corak tali leher sesuai dengan trend yang sedang berlaku. Namun, agar tidak salah tampil, anda perlu memahami erti corak dan warna tali leher seperti disenaraikan.
Biru.

Warna paling popular sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan.

Merah.

Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang.

Oren

Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.

Hitam.

Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan.

Kelabu

Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.

Kuning.

Muda, penuh harapan dan bahagia.

Hijau.

Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur.

Cokelat.

Warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya bisnes yang kuat.

Bergaris.

Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.

Polkadot.

Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik

Bercorak gelombang.

Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks
Back to top Go down
Sponsored content





Tahukah Anda... Empty
PostSubject: Re: Tahukah Anda...   Tahukah Anda... Icon_minitime

Back to top Go down
 
Tahukah Anda...
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» tahukah anda!!!
» Cara nak tahu sebab anda memilih pasangan anda
» first pic ku..tuk anda
» hajat anda,,,
» Hargailah isteri anda......

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
Tahukah Anda... Vote_lcapTahukah Anda... Voting_barTahukah Anda... Vote_rcap 
miss-lady (1280)
Tahukah Anda... Vote_lcapTahukah Anda... Voting_barTahukah Anda... Vote_rcap 
sriteddy™ (1157)
Tahukah Anda... Vote_lcapTahukah Anda... Voting_barTahukah Anda... Vote_rcap 
salju (1063)
Tahukah Anda... Vote_lcapTahukah Anda... Voting_barTahukah Anda... Vote_rcap 
lipanx_laut (970)
Tahukah Anda... Vote_lcapTahukah Anda... Voting_barTahukah Anda... Vote_rcap 
macan_sparrow (742)
Tahukah Anda... Vote_lcapTahukah Anda... Voting_barTahukah Anda... Vote_rcap 
kuyie (668)
Tahukah Anda... Vote_lcapTahukah Anda... Voting_barTahukah Anda... Vote_rcap 
raffey-sama (509)
Tahukah Anda... Vote_lcapTahukah Anda... Voting_barTahukah Anda... Vote_rcap 
arb_mtq (432)
Tahukah Anda... Vote_lcapTahukah Anda... Voting_barTahukah Anda... Vote_rcap 
luvfama (297)
Tahukah Anda... Vote_lcapTahukah Anda... Voting_barTahukah Anda... Vote_rcap 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.