perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
perak1


 
HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


 

 Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik...

Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
peace™


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Empty
PostSubject: Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik...   Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Icon_minitimeTue May 05, 2009 7:12 am

kita asyik citer psl cinta n kawin jer....tukar topik ckit k...klu yg dah kawin tu mst nk ada ank kn...
di sini ada beberapa cara utk dptkn zuriat yg cerdik...semoga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik.

(Petikan Tesis Dr. Stephen Carr Leon)
Antara bangsa yg cerdik di dunia ini ialah yahudi( walaupun pahit hendak kita akui),tp itu lah hakikat nya.bukti nya:Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.
Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

sebenarnya..amalan tsb sama dg apa yg di ajr oleh Rasullallah,cuma kita jer yg tak amal.pas tu,mesti byk baca Quran,dgr ceramah

wanita pregnant - elakkan tidur selepas subuh, asar dan antara maghrib dan isyak. pnah amalkan, mmg anak tak bersifat malas. cukup rehat, banyakkan guna otak utk xtvt dan berfikir hal yg positif. ibu yg ceria dan penyabar slalunya membantu anaknya utk tidak kuat meragam dan taat. jgn terlalu manjakan kandungan. aktiviti dan pemikiran ibu mmg beri pengaruh kuat pada bayi.

pemakanan - elakkan makan nasi dgn banyak jenis lauk sekaligus. banyakkan makan makanan berserat. utamakan ikan, amalkan pil omega pun boleh.

amalkan dzikir dan ingatkan Tuhan sentiasa. paling baik jika hubungan dgn Tuhan rapat dan doa2 diulangi sentiasa. komunikasi dan nasihat pada bayi pun lakukan slalu.

Utamakan makan ikan, ibu yang makan ikan laut byk terutamanya ikan kembung, ikan cencaru, ikan selayang, ikan terubuk yang mana tinggi omega 3 (DHA, EPA) akan melahirkan anak yang cepat pickup

pastu ibu mengandung 'diharamkan' makan maggi, minum COKE kerana akan melembabkan otak bayi tersebut.

pastu ibu mengandung patut kurangkan makan hati ayam kerana hati ayam tinggi kandungan toksinnya. hati merupakan organ di mana segala toksin dan ubat yang dicucuk kat ayam tu dikumpulkan utk dinyahtoksinkan. kalau makan hati ayam, bykla toksin akan diserap janin

pastu ibu mengandung tidak digalakkan makan atau minum soya sbb akan mengganggu keadaaan hormon ibu mengandung dan akan disebabkan soya ada estrogen. Pastu soya tinggi phytic acid. phytic acid akan menghalang penyerapan mineral penting bagi bayi seperti zinc yang penting dalam pembentukan otak. Mineral lain pon akan terhalang seperti calcium, magnesium dan ferum (utk darah, tulang dan tenaga)

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... 437150 Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... 437150 Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... 437150 Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... 437150 Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... 437150
Back to top Go down
 
Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik...
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Gol Kurang Cerdik
» untold story:bagaimana dengan jantina anda???
» Bagaimana orang Islam boleh termakan babi
» 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi!!
» Bagaimana Nak Menggunakan Komputer Tanpa Mouse: Gunakan MouseKeys

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_lcapBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Voting_barBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_rcap 
miss-lady (1280)
Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_lcapBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Voting_barBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_rcap 
sriteddy™ (1157)
Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_lcapBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Voting_barBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_rcap 
salju (1063)
Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_lcapBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Voting_barBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_rcap 
lipanx_laut (970)
Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_lcapBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Voting_barBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_rcap 
macan_sparrow (742)
Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_lcapBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Voting_barBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_rcap 
kuyie (668)
Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_lcapBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Voting_barBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_rcap 
raffey-sama (509)
Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_lcapBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Voting_barBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_rcap 
arb_mtq (432)
Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_lcapBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Voting_barBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_rcap 
luvfama (297)
Bagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_lcapBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Voting_barBagaimana melahirkan zuriat yg cerdik... Vote_rcap 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.