1.Ilmu lebih baik daripada harta
kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan
Firaun.
2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula
yang memelihara harta.
3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan
sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.
4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan
bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.
5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama
yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.
6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada
pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.
7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat
diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.
8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta
pula akan binasa.
9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta
pula mengeraskan hati.
10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan
yang berharta mendakwa ketuhanan.