perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
perak1

HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips

 Kasih Seorang Bapa

Go down 
2 posters
AuthorMessage
sriteddy™
Site Admin
Site Admin
sriteddy™

Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

Kasih Seorang Bapa Empty
PostSubject: Kasih Seorang Bapa   Kasih Seorang Bapa Icon_minitimeTue Jul 28, 2009 9:40 am

Bercerita mengenai hari bapa, hati saya akan tersentuh. Saya mempunyai pengalaman tersendiri bersama seorang ‘bapa’ yang akan membuatkan air mata saya bergenang setiap kali mengenang pengorbanan seorang bapa. Tetapi bukan cerita bapa saya yang ingin ditulis di sini.

Baru-baru ini, menonton cerita yang ditayangkan di Astro Prima ‘Beca Usang’.Kasih Seorang Bapa 159678 Cerita ini membuatkan saya berfikir panjang. Cerita yang agak klise, mengisahkan seorang bapa yang lumpuh (bekas penarik beca) tidak dapat menyara keluarga, lalu memujuk anak perempuannya agar berhenti sekolah bagi memberi laluan kepada adik lelakinya untuk meneruskan pelajaran. Kononnya anak lelaki akan membela nasib keluarga. Maka dengan beca usang bapanyalah si anak perempuan berhempas pulas mencari rezeki bagi menanggung pembelajaran adik lelakinya. Namun, si adik yang diharapkan, leka dengan permainan cinta. Akhirnya lupa tujuan dan hanya tahu meminta wang. Duit yang diterimanya dihabiskan untuk berpoya-poya.sedih

Berdasarkan cerita ini, perkara utama yang ingin saya sentuh di sini ialah sikap ibu bapa terhadap anak-anak. Ibu bapa seharusnya melihat setiap orang anak memiliki kebolehan tersendiri baik anak lelaki mahupun anak perempuan. Peranan kedua-dua ibu dan bapa adalah sama penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Anak-anak itu ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Majusi dan Nasrani…’

Kali ini saya tidak ingin membicarakan tentang peranan ibu sebagai ‘Madrasatul Ula’ (sekolah yang pertama) dan saya juga tidak menafikan keupayaan wanita yang diibaratkan ‘tangan lembut yang bisa menggoncang dunia’ tetapi kali ini saya ingin menjentik minda para bapa tentang sensitiviti dan tanggungjawab bapa sebagai nakhoda dalam melayari bahtera rumahtangga. Juga soal anak lelaki yang perlu dipandang serius oleh seorang bapa. Kenapa bapa? Kerana mereka adalah kaum lelaki. Justeru, logiknya hanya lelaki yang akan lebih memahami dunia lelaki. Yang paling utamanya adalah kerana Allah telah menyebut dalam Al-Quran lelaki itu sebagai “qawwam” yakni pemimpin atau pelindung.

Ada dua perkara yang ingin saya ketengahkan di sini. Pertama, kebiasaan seorang bapa tidak percaya pada kemampuan anak perempuan untuk membela nasib keluarga. Kasih Seorang Bapa 67899 Masih ada lagi pada zaman moden ini kaum bapa yang melihat kepada jantina untuk menentukan nasib dan masa depan keluarga, sedangkan beberapa kali kita dengar pelajar-pelajar yang cemerlang yang memperolehi 17A dan 20A semuanya terdiri dari kalangan perempuan. Bukankah cemerlang dalam pelajaran menandakan jaminan kerja yang bagus? Seterusnya jaminan hidup yang lebih senang?

Kedua, kebiasaan seorang bapa mengambil mudah tentang anak lelaki dan terlalu mempercayai mereka. Kebanyakan kaum bapa dan juga ibu mengambil mudah soal anak lelaki. Kalau anak lelaki balik lewat malam, ungkapan yang biasa kita dengar ‘tak apalah anak lelaki, tahulah dia menjaga dirinya …’ kalau anak lelaki bangun lewat, kalau anak lelaki malas “Biasalah anak lelaki…” itulah ungkapan yang biasa kita dengar. Kasih Seorang Bapa 809193 Memang tidak dinafikan anak perempuan lebih banyak terdedah kepada fitnah dan gejala sosial dan lebih perlu diberi perhatian sewajarnya, tapi tidak terlepas juga anak lelaki.

Namun, persoalan yang ingin saya tekankan di sini ialah, betulkah anak lelaki pandai menjaga diri? Kasih Seorang Bapa 726899 Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan. Jadi, agaknya ke manakah anak-anak lelaki kita setiap pagi setelah kita menghantarnya ke sekolah? Adakah kita pasti mereka benar-benar ada di sekolah sepanjang waktu persekolahan setiap hari?

Anak-anak lelaki yang kita kata ‘mereka tahu menjaga diri’ inilah yang banyak terlibat dengan masalah merempit, menagih dadah, gejala vandalisme, berpeleseran, buli dan sebagainya. Oleh yang demikian kepada kaum bapa janganlah mengambil mudah soal anak lelaki. Sepatutnya seorang bapalah yang akan lebih memahami sikap dan kemahuan anak lelaki. Bahkan, sepatutnya seorang bapalah yang boleh menjadi teman yang paling akrab untuk anak lelakinya berkongsi masalah dan meminta pandangan.

Saranan Rasulullah s.a.w juga agar kita mempamerkan kasih sayang terhadap keluarga sebagaimana yang telah dilakukan oleh baginda apabila baginda Rasulullah s.a.w dilihat mencium cucunya Hasan dan Husin. Oleh itu saya menyeru kepada kaum bapa agar menunjukkan keperihatinan dan kasih sayang kepada anak-anak. Sebolehnya, serlahkanlah naluri kebapaan anda melalui perhatian dan keperihatinan dari pelbagai sudut.

Mungkin kasih seorang bapa sangat mahal dan sukar untuk dilafazkan apatah lagi untuk dizahirkan. Namun, atas nama tanggungjawab sebagai bapa dan atas nama anak sebagai amanah dari Allah, saya ingin menyeru kaum bapa sekalian…sentuhlah anak-anak kita ini dengan segala sentuhan kasih yang tulus demi mengharap redha Allah semata-mata sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." (At-Tahrim : 6)

Benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung…

Penulis adalah Siti Norashidah Bt Mohd Nor,
tenaga pengajar SMI Al-Amin,
Kemaman, Terengganu.
posted by : sriteddy
Back to top Go down
MaNgKuK pEcAh
junior
junior
MaNgKuK pEcAh

Posts : 81
Join date : 2009-05-14
Age : 35
Location : kajang melaka

Kasih Seorang Bapa Empty
PostSubject: Re: Kasih Seorang Bapa   Kasih Seorang Bapa Icon_minitimeTue Jul 28, 2009 10:13 am

huh cite nie eh
nmpk cm sdey
lpm tgk ag
Back to top Go down
 
Kasih Seorang Bapa
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» IKTIBAR UNTUK IBU BAPA ATAU BAKAL IBU BAPA
» .::SUSU IBU : PESANAN UNTUK IBU BAPA::.
» belasungkawa untuk bapa saudara macan - 2
» belasungkawa untuk bapa saudara macan.
» Hati Seorang wanita

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
Kasih Seorang Bapa Vote_lcapKasih Seorang Bapa Voting_barKasih Seorang Bapa Vote_rcap 
miss-lady (1280)
Kasih Seorang Bapa Vote_lcapKasih Seorang Bapa Voting_barKasih Seorang Bapa Vote_rcap 
sriteddy™ (1157)
Kasih Seorang Bapa Vote_lcapKasih Seorang Bapa Voting_barKasih Seorang Bapa Vote_rcap 
salju (1063)
Kasih Seorang Bapa Vote_lcapKasih Seorang Bapa Voting_barKasih Seorang Bapa Vote_rcap 
lipanx_laut (970)
Kasih Seorang Bapa Vote_lcapKasih Seorang Bapa Voting_barKasih Seorang Bapa Vote_rcap 
macan_sparrow (742)
Kasih Seorang Bapa Vote_lcapKasih Seorang Bapa Voting_barKasih Seorang Bapa Vote_rcap 
kuyie (668)
Kasih Seorang Bapa Vote_lcapKasih Seorang Bapa Voting_barKasih Seorang Bapa Vote_rcap 
raffey-sama (509)
Kasih Seorang Bapa Vote_lcapKasih Seorang Bapa Voting_barKasih Seorang Bapa Vote_rcap 
arb_mtq (432)
Kasih Seorang Bapa Vote_lcapKasih Seorang Bapa Voting_barKasih Seorang Bapa Vote_rcap 
luvfama (297)
Kasih Seorang Bapa Vote_lcapKasih Seorang Bapa Voting_barKasih Seorang Bapa Vote_rcap 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.