perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
perak1


 
HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


 

 cinta ygsebenarnye..

Go down 
2 posters
AuthorMessage
enni
junior
junior
enni


Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 36
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

cinta ygsebenarnye.. Empty
PostSubject: cinta ygsebenarnye..   cinta ygsebenarnye.. Icon_minitimeMon Aug 03, 2009 8:55 am

Sayangku..Ya Rahman Ya Rahim... Cintaku..hanya untukMu...

Cinta sebelum berkahwin di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring . Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara berutus surat atau pasanan SMS kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.

Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan
lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula, kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa rasa rindu yang amat sangat? Sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman .

Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak dan cara mencari pasangan hidup?, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan pasangan kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya.

Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri pasangannya, ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian pasangan. Jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak mampu menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.

Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri persaudaraan (ukhwah) di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah Islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana
terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai pasangannya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta. Sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik dan bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya. Maklumlah orang yang dicintai itu seorang yang beriman. Tetapi
bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah membebel entah apaapa kerana tiada asas malu.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman, perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. Sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah dan cepat meresap ke dalam hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan Islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. Biarlah dikatakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan.

Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah sekali dengan menggunakan saluran yang diizin dan diredai Allah s.w.t. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah terfikir di hati mereka "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya cintanya pada aku, akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah Ta`ala"

Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan biar beribu bercinta biar satu" tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah "Bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

Berkata Imam Nawawi:
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu
Back to top Go down
luvfama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
luvfama


Posts : 297
Join date : 2009-04-30
Age : 38
Location : Negi 9

cinta ygsebenarnye.. Empty
PostSubject: Re: cinta ygsebenarnye..   cinta ygsebenarnye.. Icon_minitimeTue Aug 04, 2009 5:49 am

cinta ygsebenarnye.. 618172 cinta ygsebenarnye.. 240111 enni
Back to top Go down
enni
junior
junior
enni


Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 36
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

cinta ygsebenarnye.. Empty
PostSubject: Re: cinta ygsebenarnye..   cinta ygsebenarnye.. Icon_minitimeTue Aug 04, 2009 7:27 am

cinta ygsebenarnye.. 519688 luv... cinta ygsebenarnye.. 519688 tq.. cinta ygsebenarnye.. 792555
Back to top Go down
Sponsored content





cinta ygsebenarnye.. Empty
PostSubject: Re: cinta ygsebenarnye..   cinta ygsebenarnye.. Icon_minitime

Back to top Go down
 
cinta ygsebenarnye..
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Cinta lewat usia
» tujuh ayat cinta
» Baju Cinta..
» cinta lelaki itu
» 6 jenis cinta.

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
cinta ygsebenarnye.. Vote_lcapcinta ygsebenarnye.. Voting_barcinta ygsebenarnye.. Vote_rcap 
miss-lady (1280)
cinta ygsebenarnye.. Vote_lcapcinta ygsebenarnye.. Voting_barcinta ygsebenarnye.. Vote_rcap 
sriteddy™ (1157)
cinta ygsebenarnye.. Vote_lcapcinta ygsebenarnye.. Voting_barcinta ygsebenarnye.. Vote_rcap 
salju (1063)
cinta ygsebenarnye.. Vote_lcapcinta ygsebenarnye.. Voting_barcinta ygsebenarnye.. Vote_rcap 
lipanx_laut (970)
cinta ygsebenarnye.. Vote_lcapcinta ygsebenarnye.. Voting_barcinta ygsebenarnye.. Vote_rcap 
macan_sparrow (742)
cinta ygsebenarnye.. Vote_lcapcinta ygsebenarnye.. Voting_barcinta ygsebenarnye.. Vote_rcap 
kuyie (668)
cinta ygsebenarnye.. Vote_lcapcinta ygsebenarnye.. Voting_barcinta ygsebenarnye.. Vote_rcap 
raffey-sama (509)
cinta ygsebenarnye.. Vote_lcapcinta ygsebenarnye.. Voting_barcinta ygsebenarnye.. Vote_rcap 
arb_mtq (432)
cinta ygsebenarnye.. Vote_lcapcinta ygsebenarnye.. Voting_barcinta ygsebenarnye.. Vote_rcap 
luvfama (297)
cinta ygsebenarnye.. Vote_lcapcinta ygsebenarnye.. Voting_barcinta ygsebenarnye.. Vote_rcap 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.