perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
perak1

HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips

 Jadilah Isteri Yang Baik

Go down 
3 posters
AuthorMessage
sriteddy™
Site Admin
Site Admin
sriteddy™

Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

Jadilah Isteri Yang Baik Empty
PostSubject: Jadilah Isteri Yang Baik   Jadilah Isteri Yang Baik Icon_minitimeThu Apr 30, 2009 5:48 pm

Hayat sesuatu perkahwinan umat Islam pada akhir-akhir ini tidak lama, paling lama boleh bertahan ialah selama lima tahun tetapi yang paling singkat ialah 7 hari. Ketidakserasian dikatakan punca berlakunya perpisahan mereka.

Persoalannya bagaimana perkahwinan itu boleh terjalin kalau tidak serasi. Adakah sebelum berkahwin mereka tidak melihat keserasian itu? Mengapa pula selepas berkahwin baru didapati hubungan mereka tidak serasi?

Barangkali benarlah kata orang tua-tua, “cinta itu buta”. Sewaktu bercinta mereka tidak nampak cacat celanya. Waktu bermadu kasih, semua yang buruk nampak cantik dan indah belaka. Jadi, keserasian tidak dapat dikesan kerana manusia dikatakan boleh berlakon melindungi watak sebenar.

Walau bagaimanapun hujah keserasian itu tidak begitu kuat untuk diterima kerana keserasian boleh datang selepas berkahwin. Jadi, punca sebenarnya ialah pasangan itu tidak pandai membina keserasian. Suami dan isteri gagal memahami hak dan tanggungjawab masing-masing.

Dalam ruangan yang terbatas ini saya ingin membawa pembaca untuk menghayati sebuah hadis iaitu Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taatlah kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran. Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al-Imam Bazzar).

Menurut hadis di atas, dua perkara yang sering diabaikan oleh isteri ialah; mentaati suami dan mengakui hak suami. Lazimnya selepas pasangan pengantin diijabkabulkan mereka enjoy dengan kebebasan yang mereka peroleh. Mereka terlupa untuk mengenali secara lebih mendalam isi hati masing-masing atas alasan sudah kenal lama.

Sebenarnya alam perkenalan, bertunang dan alam rumah tangga tidak sama perjalanan hidupnya. Kalau sekiranya selepas berkahwin, gaya hidupnya sama seperti zaman perkenalan sudah tentu akan berlaku kompleks yang tidak kesudahan. Apa tidaknya, tanggungjawab tidak diberi perhatian, hak suami isteri tidak dijaga, dan pantang larang hidup berkeluarga sering dilanggar.

Pada waktu itu kesalahan suami isteri, boleh dimaafkan dengan cara baik kerana darah masih panas dan manis. Tetapi jika setelah tiga bulan kesalahan sama terus diulangi, tentu akan timbul rasa kurang senang hati pasangannya. Ketika itu akan berlakulah pertengkaran kecil.

Inilah realiti masyarakat kita pada hari ini, si isteri tidak tahu meletakkan ketaatan kepada suami kerana dia menganggap dirinya dengan suaminya sama sahaja. Suaminya tidak ada keistimewaan berbanding lelaki lain yang dia kenali.

Boleh jadi suami sejak berkahwin sehingga ke saat itu, tidak pernah menunjukkan kewibawaannya, ilmunya mungkin kurang, agamanya juga kurang, dan pendapatannya juga mungkin kurang daripada isterinya. Bagaimanakah dalam keadaan itu si isteri boleh menghormati suaminya?

Barangkali kalau suami pada hari perkahwinannya telah menunjukkan kewibawaannya sebagai pemimpin, pembimbing, pendidik, tegas, kasih sayang, dan amanah pasti isteri akan taat kepadanya. Biarpun suami tidak ada ilmu sehebat isteri, tetapi dengan kewibawaannya memimpin keluarga, cukup besar ertinya kepada si isteri. Isteri mamang mahu seorang lelaki yang boleh membela hidupnya hingga ke akhirat.

Walau bagaimanapun berdasarkan hadis di atas, isteri yang boleh taat suami dan menjaga hak suami walaupun suaminya tidak berwibawa, walaupun miskin, dan tidak cukup ilmu, wanita inilah yang akan berboleh pahala seperti berjihad di medan perang.

Menyentuh sikap isteri yang tidak mahu mengakui hak suami, ia berpunca daripada kegagalan suami mendidik isteri pada awal perkahwinan. Mungkin dia tidak tahu apakah hak suami yang perlu dijaga. Kalau tidak masakan isteri tidak boleh menghormati suami dan menjaga haknya.

Tanpa didikan itu, seorang isteri mungkin tidak membenarkan suaminya menyentuh tubuhnya selagi tidak diadakan majlis kenduri kahwin. Ada juga isteri yang tidak membenarkan tubuhnya disentuh suami kerana tidak sanggup mengandung dan masih tidak mahu anak. Malah ada juga isteri yang tidak mahu disentuh suami kerana masih terbayang bekas kekasihnya.

Biasanya dalam keadaan itu suami akan terus bersabar. Dia masih sayangkan isteri, apatah lagi telah mengeluarkan wang yang banyak untuk mengahwininya, sudah pasti dia cuba memaafkannya. Harapannya lambat laun isterinya akan insaf dan berubah. Tetapi berapa lama dia boleh bersabar?

Sebenarnya dalam Islam suami berhak terhadap tubuh isterinya. Isteri ibarat ladang yang boleh dibajak dan dituai, begitu juga sebaliknya. Tetapi apabila hak itu disekat dan tidak diiktiraf, akan musnahlah segala harapan dan perkahwinan itu hanya menunggu retak. Suami ketika itu tidak akan rasa sayang lagi akan wang pelaburannya dan akan bertindak menceraikan isterinya.

Jadi, isteri perlu pelihara dua perkara di atas untuk disenangi suami dan beroleh pahala yang besar.

Jadilah Isteri Yang Baik 217756
Back to top Go down
salju
senior
senior
salju

Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 40
Location : mesia

Jadilah Isteri Yang Baik Empty
PostSubject: Re: Jadilah Isteri Yang Baik   Jadilah Isteri Yang Baik Icon_minitimeSun May 03, 2009 2:39 am

Jadilah Isteri Yang Baik 217756

tetiba teringat kata2 lock.

jangan jadi suami/isteri yang baik, tetapi jadilah suami/isteri yang sangat... sangat baik!

p/s tapi kalo orang dah tak nak, baik camner pun kena tolak ke tepi gak..

Jadilah Isteri Yang Baik 994345 Jadilah Isteri Yang Baik 994345 Jadilah Isteri Yang Baik 994345
Back to top Go down
uncle
junior
junior
uncle

Posts : 155
Join date : 2009-04-30

Jadilah Isteri Yang Baik Empty
PostSubject: Re: Jadilah Isteri Yang Baik   Jadilah Isteri Yang Baik Icon_minitimeSun May 03, 2009 7:02 am

haaaa....
sape nk jd calon isteri uncle...??? Jadilah Isteri Yang Baik 994345 Jadilah Isteri Yang Baik 994345 Jadilah Isteri Yang Baik 994345

Jadilah Isteri Yang Baik 20391 Jadilah Isteri Yang Baik 20391 Jadilah Isteri Yang Baik 20391
Back to top Go down
Sponsored content

Jadilah Isteri Yang Baik Empty
PostSubject: Re: Jadilah Isteri Yang Baik   Jadilah Isteri Yang Baik Icon_minitime

Back to top Go down
 
Jadilah Isteri Yang Baik
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Petanda Kematian yang baik
» Bertuturlah Secara Baik..Susah Sangat Ke??
» KaWaN BaiK
» Baik sangka
» bernasib baik..

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT AGAMA:: .::RELIGION SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
Jadilah Isteri Yang Baik Vote_lcapJadilah Isteri Yang Baik Voting_barJadilah Isteri Yang Baik Vote_rcap 
miss-lady (1280)
Jadilah Isteri Yang Baik Vote_lcapJadilah Isteri Yang Baik Voting_barJadilah Isteri Yang Baik Vote_rcap 
sriteddy™ (1157)
Jadilah Isteri Yang Baik Vote_lcapJadilah Isteri Yang Baik Voting_barJadilah Isteri Yang Baik Vote_rcap 
salju (1063)
Jadilah Isteri Yang Baik Vote_lcapJadilah Isteri Yang Baik Voting_barJadilah Isteri Yang Baik Vote_rcap 
lipanx_laut (970)
Jadilah Isteri Yang Baik Vote_lcapJadilah Isteri Yang Baik Voting_barJadilah Isteri Yang Baik Vote_rcap 
macan_sparrow (742)
Jadilah Isteri Yang Baik Vote_lcapJadilah Isteri Yang Baik Voting_barJadilah Isteri Yang Baik Vote_rcap 
kuyie (668)
Jadilah Isteri Yang Baik Vote_lcapJadilah Isteri Yang Baik Voting_barJadilah Isteri Yang Baik Vote_rcap 
raffey-sama (509)
Jadilah Isteri Yang Baik Vote_lcapJadilah Isteri Yang Baik Voting_barJadilah Isteri Yang Baik Vote_rcap 
arb_mtq (432)
Jadilah Isteri Yang Baik Vote_lcapJadilah Isteri Yang Baik Voting_barJadilah Isteri Yang Baik Vote_rcap 
luvfama (297)
Jadilah Isteri Yang Baik Vote_lcapJadilah Isteri Yang Baik Voting_barJadilah Isteri Yang Baik Vote_rcap 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.