perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
perak1


 
HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


 

 ~Tips Nak Menghilangkan Marah~

Go down 
3 posters
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
peace™


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Empty
PostSubject: ~Tips Nak Menghilangkan Marah~   ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Icon_minitimeTue May 05, 2009 10:09 am

Bagaimana menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya,maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan
kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.Sifat pemarah ini ada
pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.Kenapa kita mesti marah ?
Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan
hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah
mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan
mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf
bin Qais,bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu.
Ahnaf menjawab :" Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari
sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi
daging panggang yang masih panas.

Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi
pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah
si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat
peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan
menunggu hukuman

"Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan
membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim"
Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala
kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya,
maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan
kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau
barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya
dirasakan amanah dari Allah.

Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.Kita mesti ubati
hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang
menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.Di
antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala
tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab
kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia
yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,
hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah.

Kenapa kita perlu marah??

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah
orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka
duduklah,sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan
mulai reda.

Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan.Tetapi apa yang berlaku,
apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan
seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.


Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari
suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma
kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila
kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia
menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap,
memenuhi otak,sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup
berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila
memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir
tersentak,angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung
didalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di
dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan
kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air
penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya
api.berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

wassalam


~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 318762 ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 318762 ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 318762 ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 318762 ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 318762
~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 21268 ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 21268 ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 21268 ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 21268
Back to top Go down
salju
senior
senior
salju


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 40
Location : mesia

~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Empty
PostSubject: Re: ~Tips Nak Menghilangkan Marah~   ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Icon_minitimeSun May 10, 2009 1:33 am

wah!!! terima kasih peace... artikel yang menarik. ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 618172

aku mmg setuju dgn kata2 peace tu. aritu pensyarah aku pun ada kata, muka kita paling buruk bila kita marah. sbb marah tu sifat syaitan. bila kita marah, muka kita akan berubah jadi paling buruk. macam nih ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 220571

sbb tu orang yang pemarah, mukanya nampak tak tenang. kita pun takot nak tengok muka orang yang bengis dan garang kan? tapi kalo seorang itu sabar, pemaaf, lemah lembut.. hati kita pun rasa tenang dan suka nak bercakap serta memandang wajah dia. ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 282363

ha.. nak kongsi satu citer! (ada je benda nak kongsi).

pernah sekali tu aku berdebat dgn kawan aku. (biasalah, aku nih selalu je menentang arus. pastu berdebat tak sudah2). aku dok pm kawan aku nih...macam2 aku tembak dia sbb aku tak setuju dgn kata2 dia. masa tu aku dgn dia pun sama2 tengah on cam. alih2 aku tengok dia buat muka bosan je. ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 566187

pastu aku rasa bersalah ler plak. aku tanya, dia marah aku ker tak? (dah buat orang marah lagi nak tanya.. ceh!).

dan dengan tenang dia jawab.

"kalo aku nak marah, dah lama aku boleh marah ko. tapi bagi aku, zaman untuk aku marah2 dah abes. "

pastu.. aku terus... uwaaaaa.. ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 543308 ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 543308 ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 543308 nanges beb..!

orang degil cam aku nih lawannya bukan dengan dimarah. lagi dimarah lagi biadab, lagi menjawab dan lagi kurang ajar. macam mak abah aku pun dah tak terdaya nak marah aku lagi. tapi kalo dia orang diam... buat muka bosan tak pun muka sedih.. alih2 terus aku..~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 543308 ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 543308 ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 543308

ha satu lagi... kalau aku nak berubat dgn mana2 ustaz pun, aku memilih gak sebenarnya. mana ustaz yang nampak tak sabar, ego dan pemarah... aku tak mo berubat dgn dia. jgn bukannya apa, 'mende' yang kaco aku tu, makin ustaz tu marah dan maki hamun.. makin dia kuat. sampaikan dia pernah kata..

"yang ko marah2 ni apsal? marah tu sifat setan. apa beza ko dgn aku kalo camtu? kalo ko nak maki hamun.. baik takyah jadi ustaz. dah sama taraf dgn aku."

~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 67305 ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 67305 ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 67305

tapi dengan ustaz yang tenang, sabar, dia mmg kalah. dia takot sangat2. dia saiko ustaz tu camner pun, ustaz cuma senyum je.. pastu balas balik hujah dia dgn tenang. mmg dia kalah.

aish.. aku sendiri ni pun banyak sangat kelemahan. masih takleh nak tahan sabar lagi. ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 566187 ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 566187
Back to top Go down
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
macan_sparrow


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 45
Location : klang

~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Empty
PostSubject: Re: ~Tips Nak Menghilangkan Marah~   ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Icon_minitimeSun May 10, 2009 3:17 am

~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 957753 wat pe nk marah2 meh tiru mcm macan ni ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 994345 hidup mst happy je sllu...baru la yg kita wat menjadi je.....lg 1 ak nk pesan kat korg mua ...klu bergaduh laki bini kat umah nnt jgn nk bwk marah korg ke tmpt keja lak begitu la sebaliknya atau yg sewaktu dgnya la....ermmmm harap2 korg phm maksud aku tu ye ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 519688 ...mcm biasa la ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ 784228
Back to top Go down
Sponsored content





~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Empty
PostSubject: Re: ~Tips Nak Menghilangkan Marah~   ~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Icon_minitime

Back to top Go down
 
~Tips Nak Menghilangkan Marah~
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» ~Tips Nak Menghilangkan Perasaan Sedih~
» menghilangkan tanda² parut kt muke,jerawat atao jurujerawat.
» Hadis 16 dari Hadis 40 - Jangalah Engkau Marah
» TIPS MENGORAT......
» Tips hantu..

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT KAUNSELING:: .::COUNSELING SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_lcap~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Voting_bar~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_rcap 
miss-lady (1280)
~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_lcap~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Voting_bar~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_rcap 
sriteddy™ (1157)
~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_lcap~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Voting_bar~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_rcap 
salju (1063)
~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_lcap~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Voting_bar~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_rcap 
lipanx_laut (970)
~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_lcap~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Voting_bar~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_rcap 
macan_sparrow (742)
~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_lcap~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Voting_bar~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_rcap 
kuyie (668)
~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_lcap~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Voting_bar~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_rcap 
raffey-sama (509)
~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_lcap~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Voting_bar~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_rcap 
arb_mtq (432)
~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_lcap~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Voting_bar~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_rcap 
luvfama (297)
~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_lcap~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Voting_bar~Tips Nak Menghilangkan Marah~ Vote_rcap 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.