perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
perak1


 
HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


 

 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda

Go down 
+4
maya
lipanx_laut
salju
peace™
8 posters
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
peace™


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Empty
PostSubject: 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda   10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Icon_minitimeTue May 05, 2009 10:21 am

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”


10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 83255 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 83255 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 83255 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 83255 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 83255 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 792555
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 792555 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 792555 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 792555 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 282363 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 282363 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 282363 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 282363
Back to top Go down
salju
senior
senior
salju


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 40
Location : mesia

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Empty
PostSubject: Re: 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda   10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Icon_minitimeTue May 05, 2009 12:02 pm

kadang2 aku rasa malas nak baca tips2 cam ni..

pasal pe?

aku rasa, orang yang pernah aku sayang sangat suatu ketika dulu ada bagi semua 10 petanda tersebut.

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 994345 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 994345 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 994345

tapi hujung tahun nih insya Allah dia nikah gak dgn orang len 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 67305

ada orang kata, kalo betoi dia jodoh aku, satu hari nanti kami akan bertemu jodoh gak. bagi aku, aku dah tak mo pk benda masa depan yang entah pape yang akan jadi.

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 865279 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 865279 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 865279

baik fokus pada apa yang aku ada arini, hargai apa yang ada di sisi aku. jodoh tu urusan Allah s.w.t, Dia yang Maha Mengetahui.

kadang2 tips, panduan, teori dan sebagainya.. hanya sekadar membantu, tetapi pada hakikatnya.. takdir masih dalam tangan dan kekuasaan Allah s.w.t. kita hanya berikhtiar, yang menentukan Dia..

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 282363

wallahualam.

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 217756


p/s sekadar luahan rasa daripada seorang bakal kaunselor yang tak mampu nak setel masalah peribadinya sendiri..
Back to top Go down
lipanx_laut
Police
Police
lipanx_laut


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Empty
PostSubject: Re: 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda   10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Icon_minitimeTue May 05, 2009 12:15 pm

salju 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 869229 sabar ye syg.....apa2 pun tips tu cam kene je aku ngan siti aishah af7 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 71128
Back to top Go down
maya
junior
junior
maya


Posts : 71
Join date : 2009-05-04
Age : 36
Location : ipoh

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Empty
PostSubject: Re: 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda   10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Icon_minitimeTue May 05, 2009 12:56 pm

cian salju kn..
cuma 2 tips je yg btl nye jodoh ptemuan 2 di tgn allah..
klu dia dh di tentukn tuk kita..dia akn jd milik kita..
tp dia bkn tuk kita..wat la mcm mana pn ..syg la mcm mana pn..
mmg xkn jd milik kita..
lol! 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 375499 tuk salju cayook2..
Back to top Go down
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
peace™


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Empty
PostSubject: Re: 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda   10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Icon_minitimeTue May 05, 2009 1:12 pm

btul ek salju..
sepuluh2 ada kat org tu..
ke ada yg tak ckup..
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 17855 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 17855 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 17855
sekadar bertanya..
seorg kaunselor pon memerlukan kaunselor lain tuk menyelesaikan masalh kadang2.. jangan malu meminta bantuan..
kalau nak lebih baik... cari la ustaz2 ke... alim ulama ke.. 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 51170 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 51170 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 51170 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 51170
insyaallah, salju akan dapat jawapan yang pasti..
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 51170
Back to top Go down
luvfama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
luvfama


Posts : 297
Join date : 2009-04-30
Age : 38
Location : Negi 9

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Empty
PostSubject: Re: 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda   10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Icon_minitimeTue May 05, 2009 1:17 pm

2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


hmmm...mcm tkena lak hihihi 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 519688 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 519688

apepun btol la jdh dan maut tu semua urusan Allah..yg penting bagi luv la, ape pun kita wat kena ikhlas krn Allah...DIA MAHA TAHU semuanya...

salju jgn riso dah dtentukan jdh tu...tapi lum jmpe je kot...kita serupa...cewah...
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 17855
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 837993 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 837993

luv all 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 951252 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 951252 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 951252
Back to top Go down
salju
senior
senior
salju


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 40
Location : mesia

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Empty
PostSubject: Re: 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda   10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Icon_minitimeTue May 05, 2009 1:27 pm

4. Terima kita seadanya

aku rasa nombor 4 ni tak cukup kot, peace. tapi dia tak berani cakap direct ler. dia tau, perangai aku nih, kalo orang persoalkan kelemahan, kekurangan dan sejarah silam aku, mmg aku terlalu sedih.

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 519688

tapi yang lain semua mmg ada antara kami. sampai mimpi pun ada...tapi nak buat camner. mungkin mimpi tu Allah s.w.t nak bagitau maksud lain ker. wallahualam.

ustaz dan alim ulama'? jawapan dia orang sama je peace,

segala2nya telah ditentukan oleh Allah s.w.t. mungkin dia bukan yang terbaek untuk aku.


aku selalu je jumpa kaunselor, dan sebenarnya macam2 cara aku dah pakai untuk ikat hati dan perasaan dia.... dan aku berani jamin susah nak cari wanita sesabar aku nak buat camtu untuk seorang lelaki.

tapi nak buat camner beb...

apa yang aku dah belajar mengenai lelaki ialah...

kalo ko seorang yang baek ati, ceriakan dia, buat dia hepi, sentiasa menemani dan menyayangi dia, menerima dia seadanya, sanggup berkorban masa memberi perhatian pada dia...

tapi biler dia dah set dalam pale dia... dia tak mo kat kiter. jadilah baek camner pun, sesempurna mana pun, masih ada gak cacat cela kita kat mata hati dia.

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 543308 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 543308 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 543308

walaupun pempuan yang dia tergila2 tu banyak sangat kelemahan, selalu buat dia sakit ati, frust, bengkek, ego tercabar dan sebagainyer... tapi kalo dia nak gak kat pempuan tu... dia akan kejar gak.. no matter wut.

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 282363

itu yang aku dapat belajar tentang lelaki... 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 519688
Back to top Go down
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
macan_sparrow


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 45
Location : klang

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Empty
PostSubject: Re: 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda   10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Icon_minitimeTue May 05, 2009 1:39 pm

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 217756 de ke petanda si dia jodah aku 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 90732 ...ni pengalaman aku sendiri la....jodoh ni mcm x de petanda kat aku tau2 je aku dh kawen mcm x caya je la 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 519688 ....klu de secara kebetulan je....mgkn 20% kot...dulu aku nk kawen pn aku x tau ppun yg rapat yg sllu ngan aku leh jdi bini aku....rasanya x de lak petanda pe2 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 90732 .....ermm blh gak petanda tu jdi petunjuk,tp ingat jgn percaya 100% nnt klu x betul korg menonggeng 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 994345 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 994345 tp pe peace ckp tu mmg de kebenaranya kita merancang tuhan yg menentukn jodoh kita nnt.............peace meh join merokok ngan aku 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 287665
Back to top Go down
raffey-sama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]
raffey-sama


Posts : 509
Join date : 2009-04-14
Age : 38
Location : tmn desa manjung point,manjung...huhu

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Empty
PostSubject: Re: 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda   10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Icon_minitimeWed May 06, 2009 12:22 am

SUME DI ATAS 2 SUME KNE NGAN AKU N AWEK AKU...NTAH LA...AKU YAKIN NGAN TUHAN....AKU CINTA DIA...AKU DOA UTK TEMU N DAPAT KN DIA...AKU REDHA..
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 543308 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 543308 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 543308 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 543308 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 543308


________________________________________________________________________________________
KIPASSUSAHSUSAHMATI
Back to top Go down
http://www.myspace.com/ruffeykun
arb_mtq
senior
senior
arb_mtq


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Empty
PostSubject: Re: 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda   10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Icon_minitimeWed May 06, 2009 3:43 am

a'ah la salju.. ko mmg terer..
pe yg ko blaja sal laki tu btul,
kene ar ngan aku..
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda 92410
Back to top Go down
Sponsored content





10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Empty
PostSubject: Re: 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda   10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Icon_minitime

Back to top Go down
 
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» hajat anda,,,
» Petanda Kematian yang baik
» Cari Jodoh - wali band
» Tips Untuk Cepat Dapat Jodoh
» first pic ku..tuk anda

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_lcap10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Voting_bar10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_rcap 
miss-lady (1280)
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_lcap10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Voting_bar10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_rcap 
sriteddy™ (1157)
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_lcap10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Voting_bar10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_rcap 
salju (1063)
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_lcap10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Voting_bar10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_rcap 
lipanx_laut (970)
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_lcap10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Voting_bar10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_rcap 
macan_sparrow (742)
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_lcap10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Voting_bar10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_rcap 
kuyie (668)
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_lcap10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Voting_bar10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_rcap 
raffey-sama (509)
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_lcap10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Voting_bar10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_rcap 
arb_mtq (432)
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_lcap10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Voting_bar10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_rcap 
luvfama (297)
10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_lcap10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Voting_bar10 Petanda Si Dia Jodoh Anda Vote_rcap 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.