1. Untuk membentuk bibir yang menawan , ucapkan kata-kata kebaikan.
2. Untuk mendapatkan mata yang indah ,carilah kebaikan di dalam diri setiap orang
yg anda jumpa.
3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan kepada mereka
yg kelaparan.
4. Untuk mendapatkan rambut yang indah ,mintalah seorang anak kecil menyisir
dengan jemarinya setiap hari.
5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu
pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia jauh
melebihi segala ciptaanNya yang lain, perlu sentiasa berubah, di perbaharui ,
di bentuk kembali dan di ampuni.
6. Jadi jangan pernah kecilkan hati seseorang daripada anda apabila anda sudah
melakukan semuanya itu,ingatlah sentiasa jika satu ketika anda memerlukan
pertolongan ,akan sentiasa ada tangan yg terhulur.
7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah di
berikan dua tangan ,satu untuk menolong diri sendiri ,satu lagi untu menolong
orang lain.
8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada
bentuk tubuhnya atau cara dia menyisir rambutnya.
9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di
matanya terletak gerbang menuju ke hati setiap manusia, di mana cinta dapat
berkembang.
10.Kecantikan wanita bukan pada kehalusan kulit wajahnya, tapi kecantikan yang
murni, terpancar pada jiwanya, yang penuh kasih memberi perhatian ,dan cinta
yang dia berikan dan kecantikan itu insyaallah akan tumbuh sepanjang
waktu....wallahulam.